Wednesday, December 10, 2008

tentang... Sayalah Puteri Raja!

Hi kawan-kawan!

Pejam celik, sudah lama rupa-rupanya saya tidak mencatat apa-apa di sini. Ish... ish... sibuk sangat rupa-rupanya Aizam Aiman ni. :p
Hehe... alasan saya seperti selalu, hmm... saya tak ada apa-apa untuk dikongsikan.
Tapi, tadi dalam satu e-mel daripada kenalan saya, dia menyebut soal blog, terus saya teringat saya perlu update blog ini.

Ya, dengan bangga dan suka citanya diumumkan saya sudah pun menyiapkan novel terbaru yang bertajuk.... seperti di atas. Sekarang ini, manuskrip cerita itu berada dalam tangan editor PTS One yang kecil molek dan periang... Cik Nani.

Hmm... insya-Allah novel ini akan berada di pasaran bulan Feb ataupun Mac ataupun.... entahlah... yang pasti tahun 2009. :p

Kawan-kawan jangan lupa ye dapatkan novel ini nanti. Hmm... tak lah best tapi kena baca juga! Hahaha! :p

Baiklah, saya mahu beransur dahulu.

Kepada yang bertanyakan sambungan My Secret, sabar ye. Saya sedang bertungkus lumus menyiapkan cerita dewasa saya (ahaks... :P). Selepas itu, saya akan fokus siapkan sambungan cerita Adilah.

Okeylah... sampai bertemu di lain ketika. Selamat menghabiskan cuti sekolah. Selamat menyambut tahun baru. Selamat untuk semuanya. :)


3 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Salam Kak Aizam...
Buku tu boleh dapat masa Pesta Buku kan ??
Insyaallah nanti Balqis beli ye...
Hehehehe...
:DD

HAHa said...

wah...wow...

kak, setelah sekian lama saya mencari blog akak akhirnya terjumpa juga...

saya memang betul2 minat sesangat dengan novel2 akak...

jangan kata my angel sahaja saya beli, semua saya beli tau...

i admire u lah...

novel akak tue dalam berapa jam dah dapat saya habiskan...

kadang2 sehari jugak lah...

saya ska novel akak sebab ia mendebarkan...

xsabar rasanya nak tau lanjut kalau baca novel akak...

sehinggakan drama kegemaran saya pon saya lepaskan demi novel akak tue...

wah panjang pulak!
apa2 pon good luck!
gi la blog saya!

p/s; ada sambungan x drp my secet?!

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam Balqis,

Insya-Allah, ada. Jangan lupa beli ya. Ini percubaan untuk buat siri baru. :) Harap-harap kawan-kawan suka. :)

Salam Dania,
Oh, terima kasih banyak-banyak kerana membeli dan membaca buku akak.

Nanti, jangan lupa dapatkan Sayalah Puteri Raja! ye. :)

Hmm.... sambungan My Secret ada. Tajuknya My Memory. Insya-Allah hujung tahun nanti bolehlah baca. Akak nak tulis betul-betul sebab ini penutup kisah Adilah. Doakan akak ya. :)