Thursday, December 17, 2009

Hadiah Untuk Si Dia....

Salam semua.
Minta maaf sebab sangat lambat buat pengumuman ini. Saya tidak ada idea mahu tulis bagaimana.

Okey, pengumuman penting buat pemilik blog wawawannabe.blogspot.com
Sila tinggalkan nama dan alamat surat-menyurat di entri ini mahupun di chatbox mahupun di e-mel saya. Mengapa? Sebab saya tiba-tiba rasa mahu berikan buku Sayalah Putera Mahkota! kepada saudai. Mengapa? Saja, suka-suka. :P

Oh, kepada yang lain, jangan terasa hati okey. Saya ada tiga lagi buku Sayalah Putera Mahkota yang mahu diberikan kepada yang bertuah (eh, bertuah ke? :P)

Jadi, siapa cepat dia dapat. Bagaimana caranya? Tiga yang terawal memberi jawapan yang betul dengan meninggalkan komen pada entri ini adalah pemenang.

Soalannya:
1. Berikan nama dua watak baru yang muncul dalam SPM yang tiada dalam SPR.
2. Apakah nama sebenar Munir bin Isa dan apa hubungan dia dengan Adam?
3. Siapakah sebenarnya Adam?

Tip: Jawapan ada dalam entri terdahulu mahupun dalam novel SPR. Selamat menjawab! Lalalala~

Harapnya ada yang sudi jawab ye. :)

Friday, November 13, 2009

tentang terbaharu daripada saya!

Saya sedang tersenyum. Ya! Sangat gembira. Rasa mahu melompat ke langit. Lalala~
Mengapa? Sebabnya... jeng jeng jeng...
Mempersembahkan...



Ya, dengan bangganya diumumkan ini adalah buku kedua; sambungan Sayalah Puteri Raja! Tentunya ia sambungan kisah Zara dan Adam. Zara kembali ke istana sebagai puteri raja. Ulang suara, puteri raja. Adam pula berjanji akan menyusul kemudian bersama ibu mereka, Puan Kamalia.
Gembirakah Zara tinggal di dalam istana di negara Armani? Bagaimana pula dengan Adam di Bandar Baru Bangi?
Adakah mereka sekeluarga akan bersatu? Di mana mereka akan bersatu?
Eh, nanti! Zara perlu tinggalkan istana? Mengapa pula? Di mana sebenarnya rumah Zara? Di Bandar Baru Bangi ataupun di Armani? Tidak! Zara tidak rela tinggalkan istana!
Dan siapa pula Tengku Muiz dan Tengku Mira?

Oh, banyaknya perkara yang Zara perlu tempuh!

Mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku? Hehe... jangan lupa dapatkan di kedai-kedai buku pada bulan 12 nanti okey. Sekarang, buku ini dalam proses cetakan. Tunggu ya, kawan-kawan semua!
Lalala~

Monday, August 24, 2009

tentang... Ramadan sudah menjelma

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada semua orang yang mengenali saya (sebagai saya, Leeya Myra mahupun Aizam Aiman) sekiranya saya ada berbuat salah dalam bentuk apa-apa pun. Kata-kata, perbuatan, layanan dan sebagainya.
Halalkan segala-galanya. Saya memaafkan semua orang; sama ada saya tahu ataupun tidak apa kesalahan saudara-saudari kepada saya.

:) Macam over sahaja hoh. Tetapi saya serius.

Okey, insya-Allah kita bertemu di dalam entri yang lain.

Semoga Ramadan kali ini dilalui hingga penghujung dengan lebih baik berbanding terdahulu. Lalalala~

Oh ya, kepada kawan-kawan, selamat bercuti, selamat belajar, selamat menempuh UPSR. Semoga semua berjalan lancar okey!

Friday, August 14, 2009

tentang siapa saya?

Ada yang bertanya biodata saya. Jadinya saya ringkaskan di bawah berkenaan saya. Saya pun tidak pasti mengapa hari ini ada mood mahu bercerita tentang peribadi saya:

Penulis novel dewasa dan novel remaja bahasa Melayu.
Juga seorang editor di sebuah syarikat penerbitan.

Karya:
Diterbitkan oleh Alaf 21 menggunakan nama pena Leeya Myra
2004 – Mencari Cinta
2006 – Izinkan Kubahagia
2009 – Ceritera Rindu


Diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. menggunakan nama pena Aizam Aiman
2005 – My Angel
2006 – My Hero
2008- My Secret
2009 – Sayalah Puteri Raja

Blog:
www.leeya-myra.blogspot.com
www.aizam-aiman.blogspot.com

E-mel:
leeya.myra@yahoo.com
aizamaiman@gmail.com
roswell_124@yahoo.com


Fakta lain tentang saya:
1.Kurang percaya wujudnya 'true love' antara lelaki dan perempuan (terutama diri sendiri, orang lain mungkin mendapatnya) tetapi menulis tentang itu.
2.Pemalas dan pentingkan diri sendiri selain keluarga.
3.Kurang bersosial, hanya ada beberapa orang kawan termasuklah dua orang kawan baik.
4.Sangat percaya diri dilahirkan sebagai penulis walaupun bakat tidak seberapa. Hahahaha :P
5.Suka makan, tidur, berkhayal, menonton drama terutama Cina, Korea, Jepun. Juga drama Inggeris. Channel kegemaran adalah 8tv dan NTV7. (Bila balik kampung ada Astro, sangat suka tengok AXN dan Hallmark).
6.Apabila merasakan diri tidak ada pencapaian, rasa tidak berguna, akan cuba siapkan novel. Bila terbit, akan rasa telah melakukan sesuatu dalam hidup sebagai pencapaian peribadi. :)
7.Kehidupan berlegar soal kerja; apabila terlalu banyak kerja rasa bosan dan penat. Tetapi apabila tidak buat kerja, rasa kosong, tidak tahu hendak buat ataupun fikir apa.
8.Berharap dapat berperanan membawa sedikit perbezaan dalam hidup orang lain.
9.Mencari ketenangan dan kedamaian hidup di dunia juga di akhirat.
10.Berharap dapat mencintai Allah lebih daripada segala-galanya setiap detik melalui perbuatan, kata-kata dan dalam hati.

Friday, June 26, 2009

tentang... Sayalah Putera Mahkota!

Hai semua. Seperti selalu, sesekali apabila rasa sudah terlalu lama membiarkan blog ini sepi, saya rasakan, ish tidak bolh jadi! Saya perlu update blog! Tetapi mahu tulis apa? Hmm... kebetulan saya sekarang dalam mood kembali menjadi puteri raja. Hehehe... Jadi, ya, dengan rasa teruja yang amat sangat, maka di sini saya paparkan sedikit sedutan manuskrip Sayalah Putera Mahkota! yang baru satu muka surat ditulis! :P

Sebenarnya ini sedutan penghujung. Hehehe... tidak ada idea mahu tulis yang awal, jadi saya mulakan dengan bahagian akhir. Selamat membaca. :)


Zara berdiri menghadap tingkap. Saat yang paling ditakutinya kian hampir. Bayang yang ditunggu tidak juga kunjung tiba. Dada Zara sudah turun naik. Matanya sudah berkaca. Aduhai, kurang sepuluh minit, mimpinya akan bercerai. Angan-angan yang jadi kenyataan kini akan jadi cerita yang tidak kesampaian. Semuanya sebab Adam!
Zara rasa mahu tumbuk muka Adam. Mahu ketuk kepala Adam. Mentang-mentang sudah berbelas tahun merasa jadi putera raja, kini tiba-tiba rasa bosan pula. Tidakkah Adam sedar kebosanannya itu menyusahkan hidup Zara? Dia bosan, dia tidak mahu tinggal di dalam istana, itu masalah dia! Walaupun tinggal di sini bukanlah indah seperti dalam mimpi, tetapi Zara tetap mahu bertahan! Zara mahu tunjukkan pada nenda dia layak kekal di dalam istana. Dia Puteri Zara okey! Tetapi malangnya dia tidak ada kuasa. Hanya gelaran. Oh, alangkah malangnya nasib si puteri raja!


Nantikan kemunculan Sayalah Putera Mahkota! Bila? Errkk.... tidak pasti lagi. Yang pasti ia akan muncul. :P

Friday, June 5, 2009

tentang... siri sayalah....

Saya mulakan entri ini dengan ucapan selamat pagi dan selamat menikmati cuti sekolah. Dua minggu, bukan? :) Kepada kawan-kawan, gunakan masa cuti ini dengan berfaedah okey. :)

Baiklah, memandangkan ada beberapa orang bertanya tentang SPR, betulkah ada siri 2, berapa jumlah sebenarnya siri ini dan bila ia akan terbit, makanya saya dengan ini akan membuka sedikit rahsia. Jeng... jeng... jeng.... :P

Mengikut perancangan saya, ada 3 siri untuk kisah Zara dan Adam.
1. Sayalah Puteri Raja! (sudah terbit)
2. Sayalah Putera Mahkota! (dijangka terbit tahun depan)
3. Kamilah Kembar Diraja! (dijangka terbit tahun depan ataupun tahun seterusnya)

Sama ada hanya akan ada 3 siri ini ataupun akan ada sambungan seterusnya, bergantung kepada petunjuk dari langit. :)

Saya harap jawapan saya ini memuaskan hati kawan-kawan yang bertanya. Okey? :)

Baiklah, jumpa di lain masa. Selamat untuk semua perkara yang kawan-kawan lakukan. :)

Tuesday, May 26, 2009

tentang... READMALAYSIA 2009

Dengan ini diumumkan yang akan ada satu lagi pesta buku di Mines. Jadi, kawan-kawan, sila berkunjung ke ReadMalaysia dari 29 May 2009- 7 Jun 2009 dan dapatkan buku-buku PTS (terutamanya PTS One) pada harga diskaun. :)

Hah, pada masa itu cuti sekolah, bukan? Jadi isilah masa luang kawan-kawan dengan membaca buku-buku terbitan PTS One. :)

Aizam Aiman akan buat kemunculan di sana pada 4 petang 2 Jun 2009 bersama Alif Firdaus Azis dan Natasha Effyzal.

Sesiapa yang belum dapat petit novel, boleh dapatkan daripada saya. Okey? :)

Okey, selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun.

Kepada yang bertanya sambungan SPR, sambungannya akan ditulis dan diterbitkan tahun hadapan. Hehehe... sorrylah....

Kepada yang bertanya sambungan My Secret... errkkk.... saya masih belum jumpa petunjuk untuk menyiapkannya. Huhu....

Baiklah... selamat untuk semua yang dilakukan. :)

Saturday, May 9, 2009

Hadiah terbaik untuk Cikgu Terbaik




Sempena Hari Guru; 16 Mei, apa kata, ramai-ramai beli buku terbitan PTS One ini dan hadiahkan kepada guru kawan-kawan? Belilah! Belilah! Please! :)

Mengapa ini hadiah terbaik?
Jeng... jeng... jeng... SILA KLIK DI SINI!

Mengapa Aizam Aiman?

Seperti selalu, apabila lama menyepikan diri, saya akan mulakan entri dengan permohonan ampun dan maaf. Kesibukan pesta buku, kesukaran mendapatkan internet dan tahap kemalasan yang melampau adalah faktor-faktor mengapa saya lama senyap.

Tetapi percayalah saya sangat menghargai sokongan dan perhatian kawan-kawan semua. Cewah! :D

Memandangkan ada yang menyangka Aizam lelaki dan ada pula yang bertanya mengapa Aizam, maka di sini saya mengambil kesempatan berkongsi sedikit rahsia (jeng jeng jeng), bagaimana nama Aizam Aiman dipilih.

Aiman adalah nama kedua empat orang anak buah saya: Nabil Aiman, Nayli Aiman, Naqib Aiman dan Nafis Aiman. Mereka memanggil saya Mak cik, kadangkala Mak cik Aiman. Maka sempena itu, saya menggunakan nama Aiman.

Aizam pula... hehe... yang pasti ia bukan nama suami, tunang, teman lelaki, bekas teman lelaki mahupun jiran saya. Hahahaha! :P

Okeylah, sampai di sini sahaja.

p/s: Saya sedang bermalas-malasan. Buku baru... errkk....

Wednesday, April 15, 2009

Aizam Aiman di KLIBF09

Saya mulakan entri dengan minta maaf banyak-banyak sebab lama sungguh tidak update. Malas di samping tidak tahu mahu menulis apa.

Oh ya, kawan-kawan, saya tidak ada slot khas bertemu pembaca di booth PTS One. Walau bagaimanapun, saya memang akan berada di booth banyak hari. Jadi, kalau ada sesiapa yang mahu kutip Petit Novel sila tanya kalau-kalau saya ada.

Hari-hari yang saya ada; Sabtu dan Ahad (18/04 dan 19 /04), Rabu dan Khamis (23/04 dan 24/04). Dan juga hari-hari lain mungkin saya ada.

Oh, ya, saya ingin mempromosi buku terbaru hasil karya 'KAWAN ADIK-ADIK' - gabungan lima penulis yang muda dan hebat. Hahahaha.

Silalah beli dan hadiahkan kepada cikgu kawan-kawan. Eh, cop! Sempat lagi kalau nak masuk pertandingan. Sila dapatkan maklumat lanjut di PTS ONE

Tuesday, March 17, 2009

tentang... laporan turun padang 1

Saya mulakan entri ini dengan pengumuman yang saya bukanlah gila glamor. Tetapi memandangkan kawan yang teman saya beria-ia ambil gambar dan edit untuk saya, maka rasa bersalah pula sekiranya tidak disiarkan di blog ini. Hehehehe... Jadi, di bawah adalah koleksi gambar sekitar promosi di MPH Seremban, Senawang dan SACC.

Terima kasih kepada kawan baik saya selaku penunjuk arah, peneman, pengambil gambar dan pengedit!








Thursday, March 12, 2009

tentang... jalan-jalan jual buku

Pengumuman penting untuk kawan-kawan. Bulan Mac Aizam Aiman sangat sibuk (:P), perlu turun ke padang bagi mempromosikan novel Sayalah Puteri Raja! (err bukan padang bola :P)

Jadi sila pastikan sesiapa yang belum beli, muncul di tempat-tempat kejadian dan beli, bukan sahaja buku saya tetapi buku-buku PTs One yang lain. Hehehe....

14 Mac 2009 (Sabtu) -
Bersama Farihah Iskandar (Penulis Dear Yayah)
12.30 - 1.30 pm - Jusco Seremban
2.30-3.00 pm - Giant, Senawang


15 Mac 2009 (Ahad) -
Bersama Natasya Effyzal (Penulis Tempat Kedua)
2.00 - 3.00 pm - SACC, Shah Alam


21 Mac 2009 (Ahad) -
Bersama Natasya Effyzal (Penulis Tempat Kedua)
2.00 - 3.00 pm - Alamanda, Putrajaya


Kita jumpa di tempat kejadian ye kawan-kawan. :)

Saya akan hadiahkan Petit Novel kepada yang membeli semasa sesi itu. :)

Saturday, March 7, 2009

tentang... sakit kepala

Saya mulakan entri kali ini dengan jutaan terima kasih kepada yang sudah mahupun yang bercadang membeli dan membaca Sayalah Puteri Raja!(SPR). Semoga kawan-kawan terhibur dengan gelagat Zara, Adam dan Munir.
Baiklah kawan-kawan, di dalam chatbox, banyak yang bertanya, bila nak keluar sambungan Siri My? Errkk.... susah bagi pihak Aizam Aiman mahu menjawabnya. Hehehe... Mengikut perancangan, sambungan siri ini akan diterbitkan penghujung tahun 2009. Tetapi, yalah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Betul tak?
Dengan ini diumumkan yang Aizam Aiman sedang sakit kepala memikirkan jalan cerita untuk sambung Siri My. Sebabnya, entah mengapa ideanya masih samar-samar dan ya, mengetahui ramailah juga yang menanti sambungan ini, memang menakutkan! Macam mana sekiranya tidak menarik? Bagaimana sekiranya sambungan itu nanti mengecewakan kawan-kawan? Huhu! Tetapi tidak mengapa, saya akan berusaha sehabis daya bagi menulis sebuah sambungan yang harapnya tidak menghampakan. Aja aja fighting!
Oh ya, Aizam Aiman akan membuat kemunculan di beberapa MPH pada hujung minggu sempena cuti sekolah. Nanti saya update jadual ya. Sesiapa yang berdekatan, silalah datang; terutama kepada yang tidak dapat membeli terus daripada saya tetapi inginkan petit novel Sayalah Bodyguard PM. Kalau beli waktu saya ada di MPH itu, saya akan hadiahkan petit novel itu di samping ehem...ehem... tandatangan Aizam Aiman (kalau tak nak pun saya nak bagi juga! Hehehe). Kepada yang sudah beli sebelum ini di kedai buku, juga boleh datang bawa SPR untuk dapatkan Petit Novel. Jadinya, tidaklah kecewa sebab tak dapat, kan? Kan? Kan? Hehehe....

Sekian buat kali ini. Selamat menghadapi ujian sebelum cuti sekolah bermula. Ingat prinsip Reen; belajar, belajar dan belajar!:)

Friday, February 27, 2009

Tentang... kaedah pembelian

Tawaran untuk kawan-kawan:

Sayalah Puteri Raja!
- RM 18 senaskhah (harga ini untuk seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak apabila membeli melalui saya)
Percuma – 1 Petit Novel + 1 handphone chain (untuk setiap naskhah pembelian)
Kos penghantaran adalah RM 5 (untuk Malaysia sahaja)


Contoh pembelian:

Sayalah Puteri Raja! - 1 naskhah = RM18.00
Kos penghantaran = RM 5.00
Jumlah bayaran = RM 23.00


Langkah membeli.

1. 1. Bayaran melalui MAYBANK ATAUPUN BANK ISLAM
Deposit tunai/trasaksi online ke akaun 112269118764 (MAYBANK) ataupun 12029020456271 (BANK ISLAM)


ATAUPUN

2. Bayaran melalui kiriman wang pos
Beli wang pos, bayaran dibuat kepada MAZLIA BINTI MURAT.

(jangan letak Aizam Aiman kerana itu hanya nama pena bukan nama di atas kad pengenalan. :P)

Kirimkan wang pos ke alamat berikut:
Aizam Aiman
No 22, Jalan 3/64,
Seksyen 3 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.



2. Selepas bayaran dibuat – sila e-mel maklumat berikut kepada aizamaiman@gmail.com


1. Nama pembeli (berserta nama panggilan – untuk saya tulis ucapan dalam buku sekiranya mahu)
2. Alamat surat-menyurat untuk proses penghantaran
3. Nombor telefon (incase pak cik posmen nak telefon)
4. Judul dan bilangan naskhah.
5. Tarikh bayaran dibuat dan kaedah (masuk ke akaun; lampirkan butiran transaksi kalau online ataupun wang pos)


Buku bersama hadiah akan dipos kepada kawan-kawan dalam tempoh seminggu daripada tarikh penerimaan bayaran mahupun wang pos. :)

Wednesday, February 25, 2009

Tentang... hadiah untuk kawan

Saya mulakan entri hari ini dengan doa semoga kawan-kawan tidak benci saya. Hehehe. Ye, berdebar-debar pula, takut ada yang tidak suka dengan hadiah yang saya maksudkan.

Sebenarnya, puas saya berfikir, hadiah bagaimana hendak beri. Saya ini tak kaya, nak beri hadiah yang grand tidak mampu. Saya mahu beri sesuatu yang bermakna tetapi tidak ada idea. Jadi, saya pun bertanya pada Ain Maisarah, bolehkah saya beri hadiah seperti dia beri? Katanya dia tak kisah. Terima kasih kepada Ain Maisarah yang baik hati. :)
Jadi, kawan-kawan, kalau Ain Maisarah menamakan ia Novel Comel, saya pula menamakan ia sebagai Petit Novel. Petit adalah bahasa Perancis yang bermaksud kecil. Kakak saya yang cadangkan nama ini.
Maka dengan bangganya diumumkan, apabila kawan-kawan membeli terus daripada saya, maka kawan-kawan akan menerima Petit Novel yang bertajuk Sayalah Bodyguard PM!(32 muka surat) dan rantai telefon bimbit (handphone keychain - yang biasa2 sahaja ye. rasanya kawan-kawan ada yang lebih cantik :P).

Di bawah adalah gambar kulit Petit Novel. Maaf, gambar handphone chain tak ada. Harap kawan-kawan suka dengan hadiah ini. :)

Monday, February 23, 2009

Tentang... beli dan dapat hadiah!

Saya mulakan entri ini dengan berkongsi kegembiraan saya. Ya, kawan-kawan, Aizam Aiman sangat gembira hari ini. Kenapa? Kena loteri? Err... tak... berjudi kan haram. :P
Menjawab soalan kawan-kawan di chatbox, dengan riang rianya diumumkan Sayalah Puteri Raja! sudah berada di stor PTS!

Dan ya... di atas meja saya ada sample copies! Hehehe! Menggigil tangan saya tadi. Aduhai, akhirnya selepas melalui 'jalan' yang panjang, keluar juga buku ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan.

Buku ini dijangka akan berada di kedai-kedai buku dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Tetapi... jeng...jeng...jeng...

Ingat tak saya kata nak buat kejutan?

Ya, kejutan yang saya katakan itu ada dua sebenarnya.

Yang pertama, ada sesuatu di dalam buku ini. Sesuatu yang wangi dan dalam bentuk pop-up. Heh? Alah... macam pop-up card. Tahu tak? Hehe... kalau nak tahu, terpaksalah beli dan pegang dan buku sendiri buku ini! :)

Kejutan kedua pula... Hmm... saya tahu ada yang rasa tak best sebab saya beri hadiah buku kepada dua orang sahaja. Saya minta maaf banyak-banyak sebab saya tak mampu nak beri pada semua kawan. Tapi... sekiranya kawan-kawan beli daripada saya (beli terus melalui tempahan di blog ataupun e-mel), maka kawan-kawan akan terima sesuatu bersama buku itu. Harganya sama seperti di kedai buku - RM18, tetapi ada hadiah yang saya akan berikan (err... sudah tentu selain daripada tandatangan Aizam Aiman yang julung-julung kali diperolehi. :P hehe...)

Hadiah apa? Yang itu... err... terpaksalah tunggu entri selanjutnya.

Dalam entri selanjutnya, saya akan terangkan kaedah membeli dan apakah hadiah menanti kawan-kawan. :)

Tunggu ye.....

Thursday, February 12, 2009

tentang... cantik tak blog ini?

Hehe... saya gelak besar ketika menaip entri yang sungguh tinggi tahap perasannya. Bukan apa, bos besar saya dengan baik hatinya berkata, yang blog saya sungguh membosankan. Tak sesuai untuk tatapan kawan-kawan remaja sekalian. Maka, dengan ini, saya cubalah bersikap remaja. Cewah. Perhatian, saya memang masih remaja. :P

Jadi kawan-kawan, okey ke blog ini? Err... anggap okey sahajalah ya. :)

Oh ya, kepada semua yang komen tentang cover Sayalah Puteri Raja!, terima kasih banyak-banyak. Tapi, itu bukan cover final. Pihak PTS One ada membuat sedikit perubahan pada warna latar. Oh, ya, ada kejutan sebenarnya buku itu. Kejutan apa? Hehe... yang itu, terpaksalah tunggu entri seterusnya. :P

Thursday, February 5, 2009

tentang... si dia yang buat saya tersenyum...

Saya mulakan entri ini dengan pengumuman yang ada orang akan dapat novel percuma. :) Siapakah orang itu? Jeng... jeng... jeng...

Ada dua orang sebenarnya...
Yang pertama adalah kawan yang sangat baik, saya terharu dengan kata-kata ini : siri my adalah novel pertama sy yg pernah saya beli!!!

Yang kedua, dia adalah orang yang buat saya tersenyum hari ini kerana membaca catatannya di blog berkenaan siri my. Saya sangat terharu kerana siri my memberi makna tersendiri dalam hidupnya. :)

Jadi dengan bangganya diumumkan.... perhatian kepada:

Inah pemilik blog http://munawwarahhusna.blogspot.com/
dan Syifa pemilik blog ini http://t-shirtbiru.blogspot.com/2009/01/books-oh-aizam-aiman.html

Jadi, kepada dua orang kawan ini, nanti apabila novel Sayalah Puteri Raja! sudah siap dicetak, Aizam Aiman akan pos kepada awak berdua. :)

Kepada yang lain, jangan jeles okey. Semua pun kawan saya. :)

pssst.... setiap kali ada novel baru, saya akan buat kejutan begini. Ada orang akan tiba-tiba dapat buku percuma. Jadi, dari masa ke semasa, nantikan kejutan ini. :P

Friday, January 30, 2009

tentang... penutup siri my?

Saya mulakan entri ini dengan ucapan selamat untuk semua yang membaca. Tak kisahlah tengah buat apa, ataupun atas apa-apa yang diusahakan. Semoga semuanya selamat.

Oh ya, kawan-kawan, terima kasih kerana menanti sambungan My Secret. Alhamdulillah, saya sudah selesai semua tugas akhir bagi karya Sayalah Puteri Raja! dan ye... novel dewasa saya. :P Ye, kawan-kawan, saya menulis novel cinta. Auch! Kalau kakak kawan-kawan, jiran kawan-kawan ataupun kenalan kawan-kawan suka baca novel cinta, silalah cuba baca karya saya tanpa segan silu. :) Err... maklumat lanjut sila dapatkan di sini!

Okey, kembali ke topik sebenar. Dengan gembiranya diumumkan, Aizam Aiman sedang bersemangat mahu menulis sambungan siri my. Ikut perancangan awal, siri ini akan ditamatkan dengan My Memory. Maksudnya novel keempat untuk siri ini adalah penutup kisah Adilah.

Tetapi, dalam hati ada rasa sedih nak berpisah dengan Adilah. (cewah! :P) Hmm...
Jadi saya sedang keliru. Patutkah kisah Adilah ditamatkan dalam My Memory? Ataupun saya tulis kisah lain dulu, selepas itu My Memory? Ataupun macam mana?

Jadi kawan-kawan yang baik hati, Aizam Aiman yang sedang keliru ini mermerlukan bantuan sebelum mula menyambung kisah Adilah. Apa kata survey?

Thursday, January 22, 2009

tentang... Sayalah Puteri Raja! (Lagi?)



Cantik tak? Saya rasa comel dah ni. Designer PTS, Saudara Bai yang design. Suka?
Saya suka? Saya rasa comel. :P

Oh, buku ini panjang ceritanya sebelum ke printer. Kononnya nak buat kelainan sedikit. Hmm... nak tahu apa? Hehehe... terpaksalah tunggu dan lihat! :P

Doakan ye. Semoga yang baik-baik sahaja berlaku ke atas buku ini. :)

Wednesday, January 7, 2009

tentang... Sayalah Puteri Raja! (sekali lagi?)

Saya sangat seronok hari ini! Novel keempat saya bersama PTS One akan berada di pasaran Feb nanti! :)

Kedua, saya gembira sebab dapat bekerja sama dengan ilustrator kegemaran saya, Shah. Kawan-kawan tentu tak kenal dia. Dia low profile orangnya... tapi dialah yang lukis ilustrasi siri Melah Melia dan banyak lagi buku PTS One. :)

Memandangkan saya sangat gembira, maka di sini saya dengan berbesar hatinya berkongsi dengan kawan-kawan hasil kerja dia! :)

Gambar-gambar ini akan dimuatkan dalam Sayalah Puteri Raja!


Jeng... jeng.... nama budak perempuan ini Zara Muhammad. Tetapi betulkah dia puteri raja? Ataupun dia yang syok sendiri?


Bungkusan apa itu? Ish... kenapa Zara buang pula? Dan siapa pula budak lelaki yang taklah kacak sangat tu? Hmm....



Wah!!!! Betulkah Zara pandai bermain skateboard? Ataupun hanya menang gaya?

Kawan-kawan nak berkenalan dengan Zara Muhammad? Nak tahu betulkah dia puteri raja seperti yang dikatakan? Apa lagi? Terpaksalah kawan-kawan tunggu kemunculan buku ini! :P

Oh, dengan gembiranya diumumkan ini adalah buku pertama siri terbaru Aizam Aiman. Hehehe....
Semoga kawan-kawan suka. :)