Wednesday, December 10, 2008

tentang... Sayalah Puteri Raja!

Hi kawan-kawan!

Pejam celik, sudah lama rupa-rupanya saya tidak mencatat apa-apa di sini. Ish... ish... sibuk sangat rupa-rupanya Aizam Aiman ni. :p
Hehe... alasan saya seperti selalu, hmm... saya tak ada apa-apa untuk dikongsikan.
Tapi, tadi dalam satu e-mel daripada kenalan saya, dia menyebut soal blog, terus saya teringat saya perlu update blog ini.

Ya, dengan bangga dan suka citanya diumumkan saya sudah pun menyiapkan novel terbaru yang bertajuk.... seperti di atas. Sekarang ini, manuskrip cerita itu berada dalam tangan editor PTS One yang kecil molek dan periang... Cik Nani.

Hmm... insya-Allah novel ini akan berada di pasaran bulan Feb ataupun Mac ataupun.... entahlah... yang pasti tahun 2009. :p

Kawan-kawan jangan lupa ye dapatkan novel ini nanti. Hmm... tak lah best tapi kena baca juga! Hahaha! :p

Baiklah, saya mahu beransur dahulu.

Kepada yang bertanyakan sambungan My Secret, sabar ye. Saya sedang bertungkus lumus menyiapkan cerita dewasa saya (ahaks... :P). Selepas itu, saya akan fokus siapkan sambungan cerita Adilah.

Okeylah... sampai bertemu di lain ketika. Selamat menghabiskan cuti sekolah. Selamat menyambut tahun baru. Selamat untuk semuanya. :)


Wednesday, September 10, 2008

tentang... bulan yang mulia...

Salam untuk kawan-kawan,

Sudah 9 Ramadan, rasanya belum terlewat mengucapkan selamat berpuasa. Semoga amalan kita diterima. Semoga kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Bercakap fasal bulan puasa... kawan-kawan puasa tak?
Jangan curi makan okey. :p
Saya tak ada pengalaman curi makan masa kecil (oh, baik ataupun bosan? :p) jadi saya tak tahu bagaimana rasanya curi makan di bulan puasa kerana malas puasa. Tapi saya tahu bagaimana rasanya curi-curi makan sebab memang tak boleh puasa. Alah... sebab yang itulah... :p

Bulan puasa ibu-ibu yang ada anak sekolah rendah selalu stres. Contohnya kakak saya. Saya rasa dugaan dia lebih besar. Yalah, sudahlah sendiri puasa, kena menahan diri daripada marah, terpaksa bersabar dengan kerenah anak-anak yang merungut, tak sabar-sabar nak makan, tak masuk lagi bab bangun sahur. Kena masak juadah sahur dan buka puasa.

Jadi kawan-kawan, bila ibu kejut sahur, tolonglah bangun tanpa perlu berdrama. Ya, anak buah saya suka buat perangai. Kejut berkali-kali pun tak nak bangun. Lepas tu nangis. Huhu.....
Lagi satu, kalau ada kawan-kawan kepada kawan-kawan yang tak puasa, jangan terikut pula. Dan jangan pula emosional. Anak buah saya stres kenapa dia puasa sedangkan kawan dia tak puasa. Hahahaha...

Okey, selamat menjalani ibadah ini dengan hati yang gembira. Puasa bukan setakat tak makan okey... :p

Tuesday, August 19, 2008

tentang... zaman sekolah...

Saya mulakan entri ini dengan senyuman lebar. Hehe... kawan-kawan... saya sangat happy...
Semuanya gara-gara kenangan zaman sekolah... Tiba-tiba teringat kenangan lama...
Kawan-kawan yang sedang bersekolah, kumpullah kenangan sebanyak mungkin okey... so that bila dah tua seperti saya, ketika bosan ataupun sedih, kenangan-kenangan itu akan buat kawan-kawan tersenyum... hehe...



Thursday, August 14, 2008

tentang... buku dan buku...

Saya mulakan entri ini dengan ucapan hi kawan-kawan, selamat bertemu kembali. Hehe...

Pejam celik, sudah lama rupa-rupanya saya tak update blog ini. Hmm... seperti yang saya katakan dahulu, saya tidak tahu mahu bercerita fasal apa.

Hari ini hari yang sibuk. (Sempat pula update blog?)
Sebab saya sedang malas. Saya tiba-tiba hilang semangat hendak menyiapkan kerja.
Ada perkara yang buat saya jadi kurang happy.
Kawan-kawan jangan jadi malas seperti saya , okey.

Cuti sekolah akan muncul lagi kan? Hmm... sudah dapatkan buku-buku PTS One untuk bacaan semasa cuti sekolah?

Kawan-kawan pernah baca buku Dunia Ini Sederhana Kecil? Itu buku kawan saya. Saya sangat suka buku itu. :) Saya cemburu dengan dia sebab dapat menulis dengan baik. Hehe...
Kalau belum baca, cubalah baca.

Oh, bercakap fasal buku, dua minggu lepas, saya menerima lebih daripada 10 buah buku percuma. Hehe... seronok dapat buku percuma. Tetapi saya belum sempat membacanya. Huhu...

Mengapa saya boleh dapat buku percuma? Hmm... itulah untungnya menjadi saya. :p

Okeylah... selamat melakukan perkara-perkara yang kawan-kawan mahu buat. :)


Friday, June 27, 2008

tentang... lari dari rumah...

Saya tak tahu nak tulis fasal apa. Tapi, rasanya nak juga update blog ini. Jadi, hentam sajalah. :P
Anak buah saya yang berusia 4 tahun mengugut ibunya. Katanya, "Adik nak berambus!" Kemudian beberapa hari kemudian, dia mengamuk apabila ibunya tidak membuatkan air untuk bekalan ke taska. Ibunya baru pulang daripada kerja dan kepenatan jadi tidak menunaikan permintaan pada masa itu. Kat ibunya, "Nanti Umi buat."
Tetapi dia tidak terima jawapan itu. Masalahnya bekalan itu untuk keesokan harinya. Jadi, esok pagi pun boleh buat. Merajuk, jadi dia pun lari dari rumah, membawa bersama sepasang selipar dan sepasang kasut yang agak cantik. Hmm... menangis dan mengamuk. Adik saya terpaksa menyusur dengan motosikal. Memujuknya. Tetapi dia tidak mahu. Abangnya juga memujuk juga tidak dipedulikan. Jauh juga dia berjalan dalam kawasan perumahan itu. Akhirnya dia berjaya dipujuk dengan pedang mainan berharga RM 12. Hmm...
Kata saya kepadanya, "Lain kali kalau nak lari, bawalah sepasang dua baju pula." Memandangkan dia masih kecil, nampak seperti 'comel' tetapi sebenarnya perbuatan itu salah. (Sebenarnya masa kecil, saya pun ada rasa nak lari dari rumah. Malah dah kemas beg baju dan buku bank... hahah... :P)
Budak kecil pun dah pandai ugut lari dari rumah. Kawan-kawan jangan buat begitu ya. Bahaya. zaman sekarang, apa-apa boleh jadi. Walaupun hanya main-main, kita tidak tahu apa yang menanti. Oh ya, hargailah ibu bapa kawan-kawan. Bukannya mereka tidak mahu menunaikan permintaan kawan-kawan, tetapi ada masanya, mereka sangat penat ataupun mungkin mereka tidak dapat menunaikannya pada masa itu.


Thursday, June 5, 2008

tentang... dalam proses II

Saya mulakan entri ini dengan pengumuman yang sesungguhnya saya memang bercadang nak buat sambungan My Secret tapi bukan dalam tempoh terdekat... :) (menyesal beritahu dalam last entry... hehehe... :p)

Sebenarnya kawan-kawan, saya bukannya malas nak update blog... tapi saya tak tahu nak tulis apa... (percayalah hidup Aizam Aiman suam-suam kuku), jadi tiada apa-apa yang menarik untuk dikongsikan....

Tapi, demi kawan-kawan (cewah...) maka di sini saya dengan berbesar hatinya meletakkan sedikit sedutan... hmm apa ye?
Nantikan kemunculannya... erk... (tak tahu tahun bila sebab Aizam Aiman ni memang slow menulis... :p)

Apa Zara buat sepanjang hari ini?”
“Makan, tidur, tengok televisyen.” Zara tersengih.
“Bila agaknya anak mama hendak beri jawapan yang sedikit berbeza?”
“Oh, ada! Hari ini Zara tolong Mak Da masak untuk makan malam.” Dengan bangga Zara memberitahu.
“Serius?”
Zara mengangguk. “Zara tolong petik daun kunyit dan limau. Mak Da hendak guna masak asam pedas tadi.”
“Lagi?”
“Itu sahajalah, yang lain Mak Da uruskan.” Zara menyuap hirisan mangga ke dalam mulutnya.
“Setakat petik daun bukannya tolong memasak! Alahai anak siapalah Zara ini.”
“Anak siapa lagi? Anak mamalah! Ataupun anak raja? Mama, lebih baik mama berterus terang, Zara puteri raja mana, mama? Mama cakap sajalah, Zara janji tidak marah. Zara bersedia terima walau apa pun rahsia sebenar.” Zara membeliakkan matanya. Menggenggam tangan Puan Kamalia. Bersungguh-sungguh dia meluahkan.
“Zara....”


Saja post di blog supaya nak ingatkan diri sendiri ada perkara yang perlu diselesaikan.... :p


Friday, May 30, 2008

tentang... moments in life...

Saya mulakan entri ini dengan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah di blog ini. Juga kepada kawan-kawan yang membaca novel-novel saya. :)

Moments in life... hmm... saya percaya kawan-kawan semua tentu ada saat-saat dalam hidup yang sangat bererti yang dibawa sebagai kenangan terindah dalam hidup... Saya tak tahu definisi orang lain... tapi bagi saya... moments ini tidak semestinya yang gembira (cthnya seperti ketika crush dengan guru kelas darjah 1), ia boleh jadi saat sedih (cthnya ketika dapat tahu guru kelas itu sudah ada anak empat... hahaha), saat terasa insaf (cthnya sedar yang tanggungjawab pelajar adalah belajar... belajar dan belajar...cewah) dan sebagainya... sebab setiap orang definisinya berbeza...

Err... apakah yang cuba saya katakan ini? Hehehe... sebenarnya saya sedang berkira-kira menyambung siri My dengan tajuk My Memory... (hehe...) tapi... tak tahulah bila nak tulis kan... Sekarang ni sedang teruja buat benda lain. :)

Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti sekolah, selamat menghabiskan cuti. Gunakan masa cuti dengan membuat perkara yang berfaedah termasuklah... membaca novel-novel PTS One ye. :) Oh ya, dulu masa saya muda-muda, masa belajar (sekarang pun muda lagi... :p), satu daripada aktiviti cuti sekolah yang saya suka adalah... tidur dan tidur. Hehe...

Okeylah... tak tahu nak tulis apa lagi.... till then... :)


Thursday, May 22, 2008

tentang... dalam proses

Saya merasa terpanggil untuk update blog ini kerana dua perkara:
1. Ada kawan cakap - janganlah update blog bila musim menuai saja.
2. Saya sedang teruja sebab sedang berura-ura hendak menyiapkan manuskrip baru...
Jeng... jeng... jeng...
Saya dah bagi sinopsis pada editor. Editor kata ok, boleh tulis. Cerita apa? Sambungan My Secret? Err... buat sementara waktu ini, biarlah rahsia... biar siap dulu, tak nak beria-ia tapi tak siap-siap... hehe... malu nanti. :p
Kawan-kawan, doakan saya ye. :)


Saturday, May 10, 2008

tentang aizam-aiman.blogspot.com....

Suatu petang yang tidak berapa damai, saya berkata-kata kepada Natasha Effyzal, penulis Sekolah Kampung? dan Sekolah Menengah? dengan penuh bersemangat, "Saya rasa kita patut ada blog sebagai penulis." Masalahnya adakah orang nak baca blog saya? Hmm.... susah nak jawab soalan tu.... err....

Kemudian, pada hari yang lain yang kurang menarik pula, saya chat dengan Carriekirana (bukan sebab saya chat dengan Carrie hari saya jadi tak menarik. Saya chat dengan dia untuk menjadikan hari itu sedikit menarik :p). Saya cakap nanti apabila buku saya dah banyak, saya akan buat blog Aizam Aiman.


Dia jawab (lebih kurang begini sebab saya tak ingat ayat dia bulat-bulat), sekarang pun dah boleh buat. Tentu ada yang nak tahu kehidupan Aizam Aiman.


Saya tersengih sendiri. Oh, tidak. Kehidupan saya tidak menarik.


Dan kemudian, saya pun cakap pada Alif Firdaus Azis, “Nanti bacalah blog saya, menyamar jadi peminat (silap, pembaca sebenarnya) buku saya.”


Alif buat muka blur tetapi kemudian dia berkata, “Ada. Mesti ada peminat awak (Alif hanya nak jaga hati saya. Baik kan dia? :p)


Ini bukan blog pertama saya. Tetapi ini kali pertama saya rasa berdebar-debar. Walau apa pun, inilah blog saya. Aizam Aiman. Penulis buku remaja terbitan PTS One. Kalau ada yang sudi singgah, terima kasih daun keladi. Kalau tak sudi pun, sudi-sudikanlah. Hahaha. :p