Friday, June 27, 2008

tentang... lari dari rumah...

Saya tak tahu nak tulis fasal apa. Tapi, rasanya nak juga update blog ini. Jadi, hentam sajalah. :P
Anak buah saya yang berusia 4 tahun mengugut ibunya. Katanya, "Adik nak berambus!" Kemudian beberapa hari kemudian, dia mengamuk apabila ibunya tidak membuatkan air untuk bekalan ke taska. Ibunya baru pulang daripada kerja dan kepenatan jadi tidak menunaikan permintaan pada masa itu. Kat ibunya, "Nanti Umi buat."
Tetapi dia tidak terima jawapan itu. Masalahnya bekalan itu untuk keesokan harinya. Jadi, esok pagi pun boleh buat. Merajuk, jadi dia pun lari dari rumah, membawa bersama sepasang selipar dan sepasang kasut yang agak cantik. Hmm... menangis dan mengamuk. Adik saya terpaksa menyusur dengan motosikal. Memujuknya. Tetapi dia tidak mahu. Abangnya juga memujuk juga tidak dipedulikan. Jauh juga dia berjalan dalam kawasan perumahan itu. Akhirnya dia berjaya dipujuk dengan pedang mainan berharga RM 12. Hmm...
Kata saya kepadanya, "Lain kali kalau nak lari, bawalah sepasang dua baju pula." Memandangkan dia masih kecil, nampak seperti 'comel' tetapi sebenarnya perbuatan itu salah. (Sebenarnya masa kecil, saya pun ada rasa nak lari dari rumah. Malah dah kemas beg baju dan buku bank... hahah... :P)
Budak kecil pun dah pandai ugut lari dari rumah. Kawan-kawan jangan buat begitu ya. Bahaya. zaman sekarang, apa-apa boleh jadi. Walaupun hanya main-main, kita tidak tahu apa yang menanti. Oh ya, hargailah ibu bapa kawan-kawan. Bukannya mereka tidak mahu menunaikan permintaan kawan-kawan, tetapi ada masanya, mereka sangat penat ataupun mungkin mereka tidak dapat menunaikannya pada masa itu.


Thursday, June 5, 2008

tentang... dalam proses II

Saya mulakan entri ini dengan pengumuman yang sesungguhnya saya memang bercadang nak buat sambungan My Secret tapi bukan dalam tempoh terdekat... :) (menyesal beritahu dalam last entry... hehehe... :p)

Sebenarnya kawan-kawan, saya bukannya malas nak update blog... tapi saya tak tahu nak tulis apa... (percayalah hidup Aizam Aiman suam-suam kuku), jadi tiada apa-apa yang menarik untuk dikongsikan....

Tapi, demi kawan-kawan (cewah...) maka di sini saya dengan berbesar hatinya meletakkan sedikit sedutan... hmm apa ye?
Nantikan kemunculannya... erk... (tak tahu tahun bila sebab Aizam Aiman ni memang slow menulis... :p)

Apa Zara buat sepanjang hari ini?”
“Makan, tidur, tengok televisyen.” Zara tersengih.
“Bila agaknya anak mama hendak beri jawapan yang sedikit berbeza?”
“Oh, ada! Hari ini Zara tolong Mak Da masak untuk makan malam.” Dengan bangga Zara memberitahu.
“Serius?”
Zara mengangguk. “Zara tolong petik daun kunyit dan limau. Mak Da hendak guna masak asam pedas tadi.”
“Lagi?”
“Itu sahajalah, yang lain Mak Da uruskan.” Zara menyuap hirisan mangga ke dalam mulutnya.
“Setakat petik daun bukannya tolong memasak! Alahai anak siapalah Zara ini.”
“Anak siapa lagi? Anak mamalah! Ataupun anak raja? Mama, lebih baik mama berterus terang, Zara puteri raja mana, mama? Mama cakap sajalah, Zara janji tidak marah. Zara bersedia terima walau apa pun rahsia sebenar.” Zara membeliakkan matanya. Menggenggam tangan Puan Kamalia. Bersungguh-sungguh dia meluahkan.
“Zara....”


Saja post di blog supaya nak ingatkan diri sendiri ada perkara yang perlu diselesaikan.... :p