Saya mulakan entri kali ini dengan jutaan terima kasih kepada yang sudah mahupun yang bercadang membeli dan membaca Sayalah Puteri Raja!(SPR). Semoga kawan-kawan terhibur dengan gelagat Zara, Adam dan Munir.
Baiklah kawan-kawan, di dalam chatbox, banyak yang bertanya, bila nak keluar sambungan Siri My? Errkk.... susah bagi pihak Aizam Aiman mahu menjawabnya. Hehehe... Mengikut perancangan, sambungan siri ini akan diterbitkan penghujung tahun 2009. Tetapi, yalah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Betul tak?
Dengan ini diumumkan yang Aizam Aiman sedang sakit kepala memikirkan jalan cerita untuk sambung Siri My. Sebabnya, entah mengapa ideanya masih samar-samar dan ya, mengetahui ramailah juga yang menanti sambungan ini, memang menakutkan! Macam mana sekiranya tidak menarik? Bagaimana sekiranya sambungan itu nanti mengecewakan kawan-kawan? Huhu! Tetapi tidak mengapa, saya akan berusaha sehabis daya bagi menulis sebuah sambungan yang harapnya tidak menghampakan. Aja aja fighting!
Oh ya, Aizam Aiman akan membuat kemunculan di beberapa MPH pada hujung minggu sempena cuti sekolah. Nanti saya update jadual ya. Sesiapa yang berdekatan, silalah datang; terutama kepada yang tidak dapat membeli terus daripada saya tetapi inginkan petit novel Sayalah Bodyguard PM. Kalau beli waktu saya ada di MPH itu, saya akan hadiahkan petit novel itu di samping ehem...ehem... tandatangan Aizam Aiman (kalau tak nak pun saya nak bagi juga! Hehehe). Kepada yang sudah beli sebelum ini di kedai buku, juga boleh datang bawa SPR untuk dapatkan Petit Novel. Jadinya, tidaklah kecewa sebab tak dapat, kan? Kan? Kan? Hehehe....
Sekian buat kali ini. Selamat menghadapi ujian sebelum cuti sekolah bermula. Ingat prinsip Reen; belajar, belajar dan belajar!:)