Saturday, May 9, 2009

Mengapa Aizam Aiman?

Seperti selalu, apabila lama menyepikan diri, saya akan mulakan entri dengan permohonan ampun dan maaf. Kesibukan pesta buku, kesukaran mendapatkan internet dan tahap kemalasan yang melampau adalah faktor-faktor mengapa saya lama senyap.

Tetapi percayalah saya sangat menghargai sokongan dan perhatian kawan-kawan semua. Cewah! :D

Memandangkan ada yang menyangka Aizam lelaki dan ada pula yang bertanya mengapa Aizam, maka di sini saya mengambil kesempatan berkongsi sedikit rahsia (jeng jeng jeng), bagaimana nama Aizam Aiman dipilih.

Aiman adalah nama kedua empat orang anak buah saya: Nabil Aiman, Nayli Aiman, Naqib Aiman dan Nafis Aiman. Mereka memanggil saya Mak cik, kadangkala Mak cik Aiman. Maka sempena itu, saya menggunakan nama Aiman.

Aizam pula... hehe... yang pasti ia bukan nama suami, tunang, teman lelaki, bekas teman lelaki mahupun jiran saya. Hahahaha! :P

Okeylah, sampai di sini sahaja.

p/s: Saya sedang bermalas-malasan. Buku baru... errkk....

8 comments:

ieNNah haNNie said...

salam!
akak!
saya tahu nama aizam tu dr mana! saya tahu! yeye! memula, sy ingatkan, aizam aiman tu laki gak!

EyRaH said...

sy ingatkan jugak name aizam aiman 2 lelaki jugak.......ape buku baru akka?

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

salam,

ienah tahu? erkk... rahsia ok (walaupun tak tahulah lagi betul or tak. :P)

ye eyrah, akak baca komen awak di blog ptsone. :P tak pe, tak kisah. buku baru erkk..... nanti ek. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
DJ Farahani said...

Assalamualaikum,Kak Aizam,

Macam nampak akaklah tapi tak pasti akak orangnya..Farah pergi 18 April..
Sebab Farah tengok,orang laen beli SPR,macam ada tanda tangan.Hehehe...

Fateema said...

best giler novel SPR nie...
br abis bc.. pas2 buka blogspot nie..
sy pun ingt AIZAM AIMAN 2 laki...
hrp akk dpt wat smbungn MY SECRET..
so, GUD LAK.. in u'r career...

Anonymous said...

Aizam Aiman.

Aizam = Mazlia.
Mazlia diterbalikkan jadi Ailzam.
Ailzam buang L jadi Aizam.

Maka terbentuklah Aizam Aiman =)
Saya rasa begitu kot.

aLyaLya =] said...
This comment has been removed by the author.