Hai semua. Seperti selalu, sesekali apabila rasa sudah terlalu lama membiarkan blog ini sepi, saya rasakan, ish tidak bolh jadi! Saya perlu update blog! Tetapi mahu tulis apa? Hmm... kebetulan saya sekarang dalam mood kembali menjadi puteri raja. Hehehe... Jadi, ya, dengan rasa teruja yang amat sangat, maka di sini saya paparkan sedikit sedutan manuskrip Sayalah Putera Mahkota! yang baru satu muka surat ditulis! :P
Sebenarnya ini sedutan penghujung. Hehehe... tidak ada idea mahu tulis yang awal, jadi saya mulakan dengan bahagian akhir. Selamat membaca. :)
Zara berdiri menghadap tingkap. Saat yang paling ditakutinya kian hampir. Bayang yang ditunggu tidak juga kunjung tiba. Dada Zara sudah turun naik. Matanya sudah berkaca. Aduhai, kurang sepuluh minit, mimpinya akan bercerai. Angan-angan yang jadi kenyataan kini akan jadi cerita yang tidak kesampaian. Semuanya sebab Adam!
Zara rasa mahu tumbuk muka Adam. Mahu ketuk kepala Adam. Mentang-mentang sudah berbelas tahun merasa jadi putera raja, kini tiba-tiba rasa bosan pula. Tidakkah Adam sedar kebosanannya itu menyusahkan hidup Zara? Dia bosan, dia tidak mahu tinggal di dalam istana, itu masalah dia! Walaupun tinggal di sini bukanlah indah seperti dalam mimpi, tetapi Zara tetap mahu bertahan! Zara mahu tunjukkan pada nenda dia layak kekal di dalam istana. Dia Puteri Zara okey! Tetapi malangnya dia tidak ada kuasa. Hanya gelaran. Oh, alangkah malangnya nasib si puteri raja!
Nantikan kemunculan Sayalah Putera Mahkota! Bila? Errkk.... tidak pasti lagi. Yang pasti ia akan muncul. :P
10 comments:
Wah !!
Buku baru ! Tak sabar nak beli eheh ! :PP
Kak Aizam , jangan lupa lawat blog Farah ea ? Good Luck !
wow!!wajib beli!!!
nk ksilah free yer kak aizam..:P
Bila terbit?
kak Aizam,lawatlah blog saya,komen dan jadik follower saya!!Ini blog saya:alyiafarzana.blogspot.com
Dan saya akan nantikan buku tuh!!!
wah!!!
x sabar...x sabar....
salam....
cepat kak nye ooi...
x sabo dah ni!!
Assalammualaikum...Kak Aizam bila sayalah putera mahkota nak keluar ???
x sabar rasenye....
salam..kak aizam..cpt skit..dah ulang banyak kali bace dah sayalah putre raja..tunggu putera mahkota lak..cpt skit kak..
best.....
ada lagi tak sambungan sayalah???
nak tau adam tetap menjadi putera mahkota atau muiz yang jadi...
muiz tu saapeew?
Post a Comment