Friday, June 5, 2009

tentang... siri sayalah....

Saya mulakan entri ini dengan ucapan selamat pagi dan selamat menikmati cuti sekolah. Dua minggu, bukan? :) Kepada kawan-kawan, gunakan masa cuti ini dengan berfaedah okey. :)

Baiklah, memandangkan ada beberapa orang bertanya tentang SPR, betulkah ada siri 2, berapa jumlah sebenarnya siri ini dan bila ia akan terbit, makanya saya dengan ini akan membuka sedikit rahsia. Jeng... jeng... jeng.... :P

Mengikut perancangan saya, ada 3 siri untuk kisah Zara dan Adam.
1. Sayalah Puteri Raja! (sudah terbit)
2. Sayalah Putera Mahkota! (dijangka terbit tahun depan)
3. Kamilah Kembar Diraja! (dijangka terbit tahun depan ataupun tahun seterusnya)

Sama ada hanya akan ada 3 siri ini ataupun akan ada sambungan seterusnya, bergantung kepada petunjuk dari langit. :)

Saya harap jawapan saya ini memuaskan hati kawan-kawan yang bertanya. Okey? :)

Baiklah, jumpa di lain masa. Selamat untuk semua perkara yang kawan-kawan lakukan. :)

14 comments:

Farahani said...

Wah!

Buku siri Sayalah Putera Mahkota tu nampak macam best!Tak sabar rasanya nak baca!

Abang Long said...

'Akulah Abang Long' sudah datang ...

Shahira~Shasha said...

emmmmmm.....
saya dah beli sayalah puteri raja!
best sgt~ siap ada pop-up berkilau lagi.....

buku siri tu nampak macam best!

Anonymous said...

Sayalah Putera Mahkota!!!!tahun depan lama botol....huhuhu...x sabar dh ni....

Alyia Farzana said...
This comment has been removed by the author.
Alyia Farzana said...

Eeee...bestnya, nanti saya tunggu cerita 'Sayalah Putera Mahkota' dan 'Kamilah Kembar Diraja' tuh....Saya doakan kak Aizam buat cepat2 yer!!!

Anonymous said...

Petunjuk dari langit?
Tapi saya minat akak,
Tuhan, tolonglah beri aka ini petunjuk dari langit.
dari lelangit pun tak apa.

-lelaki kacak dari mana pun kamu suka-

Fatihah N. said...

wah!
bestnya....

nisa said...

lamanya..
taun depan..:(


sape2 yang tak baca lagi buku SPR memang rugi.....suka part yang zara dan adam tipu mak ayah mereka, kononnya mereka sedang bercinta..hehe

Alyia Farzana said...

Kak Aizam, apa kak Aizam punya email?Nak hantar gambar masa PWTC.

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

DJ Farahani, Shasha, Eyrah, Fatihah,

Terima kasih tinggalkan pesan. Doakan ya. Ini baru terkial-kial mahu menulis.

Abang Long,
Terima kasih singgah

Alyia,
Masa kat bookfair akak salah eja kan? nama awak... erkkk, aizamaiman@gmail.com

Alyia Farzana said...

A'ah kak Aizam, ingat lagi yerk kak Aizam dengan saya!!hihihih...

Qilah Marswift said...

qilah baru je buat novel saja2 kamilah kembar diraja,tp nama sumer x samew..sorry 2 disturb your books keyh?!

salwani said...

cepatlah sikit keluarkan novel akulah putera mahkota.. tak sabar nk baca ni.. kalau sayalah puteri raja seronok mesti akulah putera mahkota lagi seronok kan...