Friday, June 4, 2010

tentang cuti sekolah dan buku....

Wah, pejam celik, cuti sekolah akan bermula! Rasanya sudah tamat peperiksaan pertengahan tahun, bukan? Semoga dapat keputusan yang baik ya.

Anak buah saya ada peperiksaan PJ petang ini sebelum cuti bermula. Hmm... saya sudah lupa bagaimana exam PJ semasa tingkatan satu. Bagaimana ya?

Yang tadika, darjah dua dan darjah lima pula ada jamuan hari ini. Wah, seronok juga ya sekolah. Hehehe... ini ayat orang tua yang sudah lama (sangat-sangat) meninggalkan alam persekolahan.

Jadi, apa rancangan cuti sekolah? Harapnya buku-buku PTS One termasuk dalam rancangan kawan-kawan semua.

Oh, lupa pula. Esok petang saya dan rakan-rakan penulis Kisah Si Puteri akan berada di Mines (Read Malaysia) pada pukul 2-4 petang. Ada banyak aktiviti menarik. Mahu tahu lebih lanjut? Bukalah PTS One ataupun laman web PTS One ya.


Datanglah beramai-ramai, memeriahkan majlis. Hehehe...

SELAMAT BERCUTI DAN MEMBACA BUKU PTS ONE (dan buku saya juga. Hehe)!

p/s: Sudah baca My Memory? Apa komen saudara saudari?

2 comments:

Mardhiah_lbg said...

wah..mesti ler suspense.. cuma saya harap akak tetap akan kekalkan watak Reen, Izham, Afra dan semua angel2 lama dia, ek? rasa syok pula ada Izham dengan watak dingin dia.. harap akak ada masukkan babak masa dia dekat sekolah asrama pada tahun terakhir.. secara keseluruhannya, saya amat puas hati dengan My Memory walaupun geram sebab ada cliffhanger..tak sabar2 nak menunggu novel Cik Serba Tahu keluar pulak.. kak, siapkan novel tu sepadatnya,memuaskan,dan mantap. Assalamualaikum.

Anonymous said...

komen my memory????
best sgt..sometimes saya rasa mcm watak adilah tu benar2 wujud..jap2, sy agak la ni..dlm adilah cik serba tahu nanti,,mesti adilah hilang ingatan..lucky guess???hee, betapa cinta sekalipun izham kat adilah,i hope lastly adilah dengan hakim..her angle..oppss,,bkn angle but her best friend..