Wednesday, September 29, 2010

Di Pasaran November 2010

Kisah ini bermula di negara kecil yang terletak antara Malaysia dan Brunei. Armani nama diberi. Di negara ini, sepasang suami isteri sepakat berpisah dan menjalani hidup sendiri. Si isteri mengimpikan kehidupan sederhana, jauh daripada kongkongan protokol dan glamor keluarga diraja. Manakala si suami terikat dengan amanah yang tergalas di bahu. Keharmonian Armani bergantung kepada kebijaksanaannya mentadbir kerajaan.
Perpisahan ini juga menyebabkan sepasang kembar dibesarkan di dua negara berbeza. Sangka mereka, mereka adalah anak tunggal. Si kakak membesar sebagai remaja biasa yang sering berangan-angan dia adalah anak raja. Manakala si adik lelaki pula dididik sebagai pewaris takhta.
Perpisahan yang menjangkau lima belas tahun itu berakhir dengan kisah gembira. Hubungan yang terlerai kembali terjalin. Si ayah membawa si adik ke negara jiran demi menyatukan dua kembar. Terbongkar rahsia tersemat rapi selama ini lalu ikatan sepasang kembar terjalin kembali. Zara terlalu seronok kerana impiannya jadi realiti. Bersorak dia meluahkan kata-kata keramat itu. “Sayalah Puteri Raja!”

Dengan hati berbunga riang, berangkatlah Zara si puteri raja bersama ayahanda tercinta kembali ke Istana Mawarni. Tinggallah Adam si putera mahkota bersama bonda tercinta di Bandar Baru Bangi. Niat di hati si kembar, mereka mahu bersatu di istana dan hidup aman damai. Namun itu bukan penamat kisah mereka. Siapa kata hidup sebagai puteri raja gembira selalu? Adam berubah hati. Enggan kembali ke istana dan memikul amanah sebagai pewaris takhta. Zara yang menanti dengan harapan menggunung terluka. Istana jadi kecoh. Siapa pula pengganti Adam si putera mahkota? Zara enggan terima keputusan Adam. Tidak sesekali dia mahu berlapang dada membiarkan kedudukan Adam jatuh ke tangan orang lain. Baginya, hanya Adam yang layak mengungkapkan kata-kata keramat itu.
“Sayalah Putera Mahkota!”

Kedudukan sebagai putera mahkota merangkap pewaris takhta adalah amanah. Adam akur dengan takdir diri lalu kembali ke istana bersama bonda tercinta. Bersatulah keluarga diraja dengan harapan mahu menjalani hidup bahagia dan berusaha mentadbir Armani. Namun ada yang mahu mencelah. Mengaku merekalah kembar diraja sebenar. Zara dan Adam berkongsi tekad. Hanya mereka yang layak mengungkapkan kata-kata keramat itu.
“Kamilah Kembar Diraja!”

Kisah Puteri Zara dan Putera Adam terangkum dalam tiga ceritera. Inilah kisah penamat kembar diraja. Semoga tiada duka di hujung cerita.

11 comments:

ina :) said...

org first komen.
yay~
hehe.

waa. tahniah kak aizam.
^^ dh nk keluar buku baru..
dah rajin menulis. :)
(bkn dr dulu ke kak aizam dh rajin menulis..? hehe)..

comellah cover buku tu.
tak sabar nk tunggu publis.
anyway. keep it up! :)

Fazl said...

November? Tapi bulan depan baru bulan Oktober. Hehe.

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

salam iennah, lama senyap? hehe.. doakan ye. Terima kasih.

salam aimi, buku baru hantar pencetak, proses cetakan mengkin 2-3 minggu, edaran mungkin 2minggu, sebab tu saya letak NOv, tapi mungkin juga hujung Oktober ada di pasaran. :P

Fazl said...

Okey, saya pasti beli! :)

Zaf98 said...

sy nk sgt bce bku 'Kamilah Kembar Diraja'.. mst best! =D

idzni-fatini 0214 said...

kak aizam..
sye dh pegi byk kedai buku..
but x de pown buku KKD..

Atirah Fatinah said...
This comment has been removed by the author.
Atirah Fatinah said...

assalamualaikum...
sye nak buat 1 permintaan...boleh tak kalau kak aizam buat sambungan kamilah kembar diraja sebab sye nak tau sngat-sangat pasal zara dan panglima naqib..

terima kasih

Puteri Reyza :) said...

kak aizam ! sy setuju sgt2 ngn atirah fatinah . sy na tw ending puteri zara ngn pnglima naqib ue . please kak aizam ~ ^,^

Minn S' said...

saye dah bace novel nieyh!!!!!!!!!!! best gilerr!!!!!!!!!!! saya taksub sgt sampai nama fb saya ,saya tkarkan kpd Tengku Yasmin .....hehehhe

Anonymous said...

best gila buku nie!