Thursday, June 5, 2008

tentang... dalam proses II

Saya mulakan entri ini dengan pengumuman yang sesungguhnya saya memang bercadang nak buat sambungan My Secret tapi bukan dalam tempoh terdekat... :) (menyesal beritahu dalam last entry... hehehe... :p)

Sebenarnya kawan-kawan, saya bukannya malas nak update blog... tapi saya tak tahu nak tulis apa... (percayalah hidup Aizam Aiman suam-suam kuku), jadi tiada apa-apa yang menarik untuk dikongsikan....

Tapi, demi kawan-kawan (cewah...) maka di sini saya dengan berbesar hatinya meletakkan sedikit sedutan... hmm apa ye?
Nantikan kemunculannya... erk... (tak tahu tahun bila sebab Aizam Aiman ni memang slow menulis... :p)

Apa Zara buat sepanjang hari ini?”
“Makan, tidur, tengok televisyen.” Zara tersengih.
“Bila agaknya anak mama hendak beri jawapan yang sedikit berbeza?”
“Oh, ada! Hari ini Zara tolong Mak Da masak untuk makan malam.” Dengan bangga Zara memberitahu.
“Serius?”
Zara mengangguk. “Zara tolong petik daun kunyit dan limau. Mak Da hendak guna masak asam pedas tadi.”
“Lagi?”
“Itu sahajalah, yang lain Mak Da uruskan.” Zara menyuap hirisan mangga ke dalam mulutnya.
“Setakat petik daun bukannya tolong memasak! Alahai anak siapalah Zara ini.”
“Anak siapa lagi? Anak mamalah! Ataupun anak raja? Mama, lebih baik mama berterus terang, Zara puteri raja mana, mama? Mama cakap sajalah, Zara janji tidak marah. Zara bersedia terima walau apa pun rahsia sebenar.” Zara membeliakkan matanya. Menggenggam tangan Puan Kamalia. Bersungguh-sungguh dia meluahkan.
“Zara....”


Saja post di blog supaya nak ingatkan diri sendiri ada perkara yang perlu diselesaikan.... :p


13 comments:

solehah kd said...

salam k.aizam..solehah br jek selesai ikot training esq teens jb 4!..kali nih solehah jdk ATS.best sangat!!..hehehe..tp mencabr la gak..sbb smlm tepakse berlapar sbb mknn abes..n dpt mkn pon mase rehat solat asar,..pastuh dlm dewan saket perot dr pg sbb x mkn..hehehe..tp bes sangat walupon ade mcm2 kene berkorban..hehee..k..lg 1, good luck yek! moge2 buku akak akn mendapt sambutan yg hangat!..k dtg le recharge kat esq~..salam..

BalqisBasri (^^,)v said...

Wow !!!
Baca mcm best je cerita Kak Aizam ni...
Tak kira tahun bila akan diterbitkan,Balqis akan menunggu juga buku akak tu....
Alhamdulillah,akak sanggup berkongsi cerita akak yang akan datang bersama dengan peminat....
Akak memang best laa....

MIRA said...

Salam kak Aizam,

Best je cerita kak Aizam ni.Apapun,teruskan menulis buku yg terbaru..

Peminat dah tak sabar ni..

Nanti,kak Aizam pergi blog Mira,tinggalkan jejak ya.

najwaamira.blogspot.com

Alya said...

salam kak aizam ..
hihi maceh sbb mai blog alya..
semoga buku tu keluarr secepat yg boleh !
jgn ah kluar tahun depan! hihihi

kunjungan balas sbb kak aizam mlawat my blog,

alya..
http://muzicsfanatics.blogspot.com

nurul hidayah roslan said...

Salam kak Aizam,

Dayah ske sgt bce buku akk terutamanya MY ANGLE!!!!mmng Best silalh melawat blog dayah!! www.dayahgemini.blogspot.com

Nina said...
This comment has been removed by the author.
nurul hidayah roslan said...

Salam kk Aizam,


silalh ke blog dayah!!!ade buku kak AIzam...



wasalam,
dayah

goRgEoUs hUh said...

kak aizam bast tahap gabra ar citer baru 2...bler nak kuar....saya da x sbr nak belu ni..please..

goRgEoUs hUh said...

kak aizam bast tahap gabra ar citer baru 2...bler nak kuar....saya da x sbr nak belu ni..please..

Dini Shukri said...

salam kak aizam...saya nak tanya cketlaa kak aizam...kak aizam ada buat novel kat alaf 21 eh??
sekadar mahu tanya...heheh

hmm..macam best jer cerite nie...
ape2 pon..saya nak ucapkan gud luck kat kak aizam dalam ape jua perkara sekalipon!!

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Terima kasih pada semua yang tinggalkan komen di sini. :)

Solehah,
Kak Aizam ingat nak hantar anak buah attend ESQ. Kak Aizam ni pemalas, baru sekali pergi recharge. Tapi, rindu gak nak pi. Ada sesuatu yang sangat bermakna di situ. Rasa dekat dengan Tuhan.

Balqis dan Najwa,
terima kasih jadi pengunjung tetap.

Alya,
macam nama watak Sekolah Kampung ;)

Sara,
Kak Aizam memnag ada guna nama Imanina dalam satu manuskrip yang sedang ditulis tapi bukan teen, :)

Alia,
Salam perkenalan.

Dayah,
tq letak cover buku kat blog)

Dini,
Err... mana tahu? Ish... ish...
Cekap betul awak ni ek. :p


Kawan-kawan semua terima kasih banyak-banyak. Kak Aizam sangat menghargai sokongan semua. Terasa bertambah bersemangat menulis bila tahu ada yang sudi membaca karya Kak Aizam. Hehehe...
Doakan Kak Aizam ye. Sedang memaksa diri menjadi rajin. :) Niat di hati mahu siapkan secepat mungkin sebab tak sabar nak sambung siri my pula. :)

solehah kd said...

hehehe memang betolle..rase bahgie sangat klu menanges tuh..hehehe..akak gi training angkatan mane1?

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Kak Aizam attend training Angkatan 7 bulan Mei 2007.