Friday, June 27, 2008

tentang... lari dari rumah...

Saya tak tahu nak tulis fasal apa. Tapi, rasanya nak juga update blog ini. Jadi, hentam sajalah. :P
Anak buah saya yang berusia 4 tahun mengugut ibunya. Katanya, "Adik nak berambus!" Kemudian beberapa hari kemudian, dia mengamuk apabila ibunya tidak membuatkan air untuk bekalan ke taska. Ibunya baru pulang daripada kerja dan kepenatan jadi tidak menunaikan permintaan pada masa itu. Kat ibunya, "Nanti Umi buat."
Tetapi dia tidak terima jawapan itu. Masalahnya bekalan itu untuk keesokan harinya. Jadi, esok pagi pun boleh buat. Merajuk, jadi dia pun lari dari rumah, membawa bersama sepasang selipar dan sepasang kasut yang agak cantik. Hmm... menangis dan mengamuk. Adik saya terpaksa menyusur dengan motosikal. Memujuknya. Tetapi dia tidak mahu. Abangnya juga memujuk juga tidak dipedulikan. Jauh juga dia berjalan dalam kawasan perumahan itu. Akhirnya dia berjaya dipujuk dengan pedang mainan berharga RM 12. Hmm...
Kata saya kepadanya, "Lain kali kalau nak lari, bawalah sepasang dua baju pula." Memandangkan dia masih kecil, nampak seperti 'comel' tetapi sebenarnya perbuatan itu salah. (Sebenarnya masa kecil, saya pun ada rasa nak lari dari rumah. Malah dah kemas beg baju dan buku bank... hahah... :P)
Budak kecil pun dah pandai ugut lari dari rumah. Kawan-kawan jangan buat begitu ya. Bahaya. zaman sekarang, apa-apa boleh jadi. Walaupun hanya main-main, kita tidak tahu apa yang menanti. Oh ya, hargailah ibu bapa kawan-kawan. Bukannya mereka tidak mahu menunaikan permintaan kawan-kawan, tetapi ada masanya, mereka sangat penat ataupun mungkin mereka tidak dapat menunaikannya pada masa itu.


8 comments:

Nina said...
This comment has been removed by the author.
solehah kd said...

salam kak aizam..hahaha,klako tp menakotkan..hehee.cane la die bole tau ape tuh lari dr rumah padahal br umo 4 thn..hehe..x sangke..hehe..

BalqisBasri (^^,)v said...

Cter Kak Aizam niey klaka laa...
hehehehehe...
Mesty budak tu comel kan ???
Ye laa...
umoo baru 4 thn dah lari dari rumah pastu bwk selipar ngan kasut je...

Balqis buat masa niey x terpikir lagi nak lari dari rumah atau tidak....

Rasa takut n tak selamat bile x de ibu bapa...

MIRA said...

Mira juga pernah nak lari dari rumah masa kecil2 lah..

Mira ckp kat Mama mira,bila mira umur 7 tahun,Mira nak lari dari rumah..

Haha...Tapi,sekarang dah besar,baru berfikir dgn tindakan bodoh itu..Haha...

Kalau xde mak bapa,susah..Nanti kena culik..Takutnya..

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam semua,

Hehe... pengaruh tv agaknya. Kak Aizam pun macam2 angan2 masa kecil... takut nak lari jadi plan nak suruh abah bina pondok belkang rumah... biar Kak Aizam tinggal seorang diri (kiranya lari jugalah... cuma dekat2 jadi tak takut sangat.. hehe..) Bagi menyara diri, nak kerja cuci pinggan di kedai makan. Hehe... jauh fikir tu... :p

Bila berbual dengan kawan-kawan Kak Aizam, normal rasanya rasa hendak lari. Budak-budak kan suka memberontak. :p Tapi jangan terburu-buru, fikir panjang sebelum buat apa-apa. Tengah marah memang fikir bukan-bukan. :)
Ikut hati mati, ikut rasa binasa. :p

Alya said...

salam kak aizam,
alya dulu pown pernh
juga gitu ..
cuma pasal benda kecik jew..
pasal emak and ayah tak bg mende apa ntah ..
da lame dah..
huhu..

salam,
alyathelipas
seasonywonders.blogspot.com
melawat lah blog alya yg baru ni yer,,

nurul hidayah roslan said...

Salam kak aizam....


Silalah ke blog dayah!! :):)





semoga dalam keadaan gembira selalu,
~dayah~

munirah :) said...

salam, Kak Aizam,

ada satu kwn sye ni, mak die pernah ckp yg die tak syg kwn sye.. sye pon tak tau lah tp sye nampak kwn sye menangis kat skola.
pernah juga die kata die nk lari..