Friday, November 13, 2009

tentang terbaharu daripada saya!

Saya sedang tersenyum. Ya! Sangat gembira. Rasa mahu melompat ke langit. Lalala~
Mengapa? Sebabnya... jeng jeng jeng...
Mempersembahkan...



Ya, dengan bangganya diumumkan ini adalah buku kedua; sambungan Sayalah Puteri Raja! Tentunya ia sambungan kisah Zara dan Adam. Zara kembali ke istana sebagai puteri raja. Ulang suara, puteri raja. Adam pula berjanji akan menyusul kemudian bersama ibu mereka, Puan Kamalia.
Gembirakah Zara tinggal di dalam istana di negara Armani? Bagaimana pula dengan Adam di Bandar Baru Bangi?
Adakah mereka sekeluarga akan bersatu? Di mana mereka akan bersatu?
Eh, nanti! Zara perlu tinggalkan istana? Mengapa pula? Di mana sebenarnya rumah Zara? Di Bandar Baru Bangi ataupun di Armani? Tidak! Zara tidak rela tinggalkan istana!
Dan siapa pula Tengku Muiz dan Tengku Mira?

Oh, banyaknya perkara yang Zara perlu tempuh!

Mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku? Hehe... jangan lupa dapatkan di kedai-kedai buku pada bulan 12 nanti okey. Sekarang, buku ini dalam proses cetakan. Tunggu ya, kawan-kawan semua!
Lalala~

15 comments:

nabilah said...

OMG ! kena beli niwh! Yahooo! ;)

Farahani (: said...

yayy!

terujanyaa daku ini!
;D
cepat cepat sebelum habis di pasaran!

ieNNah haNNie said...

oh!!
Dah nk terbit ke dah terbit!
adeh..kak aizam bikin saya 'histeria'...
tgk buku bru dh kuar..alahai..lama punya lama sy tunggu..
(jgn ber'hibernasi' lama2 dalam menulis tau!kesian sy..huhu..)
amacam siri MY?
sambungan siri MY secret?
skrg ni tgh sibuk menulis siri SAYALAH ke?

ape2pun sy tunggu tau siri my secret!!!

ingat! sy tunggu..hehe
gurau je..

~ok..Gud Luck ye Kak Aizam...~
moga2 buku tu laris macam pisang goreng..

(terlebih panjang plak sy mengomen)

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam.
Tq Nabilah & Farahani. Tapi, belum siap lagi. Nnati dah keluar di kedai buku saya update.

Iennah,
Lepas ni, saya cuba buat sambungan siri MY okey... cerita Adilah ni susah skit nak sambung.
Tapi tetap akan buat. Patutnya siapkan sambungan siri MY dulu, tup2 SPM yang siap. Erkk.... :)

^.^ miYabI ^.^ said...

hai kak aizam...
yeyeyye...
teruja sgt bila kak aizam nk trbit buku baru......
kene beli cpt2 ni...=D
gud luck ye =)

alia said...

Kak Aizam..Da tak sabar menunggu sambungan nye..rasa macam nak duduk kat kedai buku tu sampai lah buku Kak Aizam keluar dan saya NAK jadi org pertama yang beli buku tu..!!

qilah98 said...

buku yang ini wajib beli!!!

alia said...

kak Aizam..buku Sayalah Putera Mahkota ada sambungan lagi tak?Sebabnye buku tu best sangat..

Rasa macam nak terus menanti sambungan buku tu daripada kak aizam..

nisa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kak aizam, akak tak buat petit novel untuk buku SPM ker?

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam.

Petit novel tak ada sebab.... erk....

Akan ada sambungan tahun 2010 (tapi sy tak pasti bila), tak mula tulis pun lagi. Huhu. Lagipun, ingat nak siapkan My Memory dulu. Erk....

Anonymous said...

wajib Beli!! tapi tunngullah akhir bulan dulu tunggu gaji papa!!

Siti Anisah said...

akk . apsl cite saye putera mahkota yg last2 tuh mcm tergantung?

abih spe yg jdi putera mahkota?

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Siti Anisah,
Siapa jadi putera mahkota, pembaca pilihlah... di belakang ada gambar (yang boleh tarik tu). Hehehe...

Sebenarnya sengaja tergantung, sebab siapa jadi putera akan diketahui dalam Kamilah Kembar Diraja yang err... belum siap ya. :)

farhanah said...

bestlah nak tunggu sambungan sayalah putera mahkota