Sunday, April 3, 2011

Adilah Cik Serba Tahu

Salam untuk semua pembaca budiman. Saya sangat teruja hari ini kerana akhirnya saya dapat juga memaparkan cover Adilah Cik Serba Tahu di blog ini.







Buat yang tidak tahu, kisah Adilah Arifin bermula dalam siri My, iaitu My Angel, My Hero, My Secret dan akhir sekali My Memory. Empat siri My ini memaparkan kisah Adilah Arifin ketika bersekolah rendah dan menengah.

Kini, dua belas tahun sudah berlalu, Adilah Arifin bukan lagi remaja yang naif, tidak berkeyakinan dan errr... pemalas. Adilah Arifin kini sudah dewasa dan bekerja sebagai wartawan dan kolumnis. Mahu tahu lebih lanjut tentang Adilah Arifin? Dapatkan Adilah Cik Serba Tahu yang akan berada di pasaran sekitar pertengahan ataupun hujung April.

Adilah Cik Serba Tahu adalah kisah penutup untuk kisah Adilah Arifin. Jadi, jangan ketinggalan!

Bagi yang tidak mengikuti siri My pun, tidak ada masalah untuk membaca Adilah Cik Serba Tahu sebab ia tetap boleh difahami dan buku yang berdiri sendiri. Jadi jangan ragu-ragu. Silakan membaca, semoga kisah ini disukai ramai.

Selamat mengejar pelangi!

16 comments:

Husna Adnan said...

SAYA SUKA!!! Tahniah Kak Aizam!!!

Adilah Nur said...

yes nak beli!!!
nama pun dah sama!
adilah ariffin..muahahaha

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

terima kasih. :)

Faridzuan said...

Wahh! Akhirnya! Penutup tirai bagi siri novel My ! Tahniah atas penerbitannya! :)

kinderbueno said...

woaa! sukaa. :)

ira said...

Yay !! finally !!
suke nya ^^
dah lame tunggu !
tak sbr nk bace ^^
kekekeke...

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

terima kasih kepada yang menunggu buku ini. saya pun teruja sama untuk mengetahui respons pembaca. :)

jiehahshout said...

huhuhuhuh...sukenye...

JaCK said...

Saya sudah membeli dan selesai membaca buku ini. Izinkan saya memberi sedikit ulasan & komen mengenainya :)

Terlebih dahulu saya ingin maklumkan yang saya sudah mengikuti kisah Adilah Ariffin sejak dari buku pertama lagi iaitu My Angel. Kisahnya memang unik & menarik ditambah lagi dengan keletah Adilah yang pada pendapat saya menambah seri pada kisah ini. Tetapi setelah saya membaca buku "Adilah Cik Serba Tahu" ini, saya berasa agak kecewa & sedikit tidak puas hati.

Pertama, plot cerita ini kelihatan tidak konsisten & tidak seperti buku-buku sebelumnya. Cerita ini seperti sengaja disegerakan untuk dibuat penamat bagi kisah Adilah. Ada beberapa plot yang terasa tidak perlu tetapi sengaja ditambah dan kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Kisah Adilah yang sebelum ini terasa keunikannya kerana plotnya yang ringan dan "straight-to-the-point" tanpa perlu dileret-leret. Adakah kerana cerita ini sebenarnya gabungan 2 kisah seperti yang saya dapat makluman sebelum ini, itu saya tidak tahu. Juga terdapat banyak teknik imbas kembali yang kerap diulang-ulang.

Kedua, ruangan Cik Serba Tahu itu mengganggu pembacaan dan penghayatan cerita ini. Walaupun ada antara masalah yang diterima itu berkaitan dengan kisah hidup Adilah tetapi ia tetap mengganggu. Saya hanya membaca ruangan Cik Serba Tahu itu yang pertama sahaja & yang seterusnya saya terus skip kepada jalan cerita utama. Saya membeli buku ini untuk baca kisah Adilah dan bukan membaca luahan hati pembaca ruangan itu.

Itu sahajalah sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada pembacaan saya. Walaubagaimanapun, penamat bagi kisah Adilah Arifin ini tetap diuruskan dengan baik. Tetapi saya rasa ia boleh dibuat dengan lebih baik jika masalah-masalah tersebut dapat diatasi. Mungkin buku ini boleh membantu mereka yang baru ingin mengenali Adilah Arifin untuk mengenalinya dengan lebih baik tetapi bagi mereka yang pernah mengikuti kisah Adilah Arifin dalam siri "My..." sebelumnya, hanya prolog & epilog itu yang dirasakan penting untuk dibaca.

Minta maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa atau tersilap taip. Ini hanyalah pendapat yang datang dari pemerhatian saya sebagai peminat cerita ini yang telah selesai membacanya

MIDA MIDOT said...

Saya dah beli dah masa kat pesta buku hari tu .suka sangat :)

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Jack, terima kasih di atas komen yang diberi. Terima kasih juga kerana mengikuti kisah Adilah dari awal. Maaf kerana novel penutup ini tidak menepati cita rasa awak. Komen yang diberi akan saya jadikan panduan dan peringatan dalam penulisan saya seterusnya. :)

Mida, terima kasih kerana membeli novel saya. :)

nurhani liyana said...

saya suka baca buku akk aizam..dah lama saya tunggu akak terbitkan buku adilah cik serba tahu ini..akhirnya,dapat juga saya buku yang selama ini saya tunggu :)

miya kamarul said...

jalan cerita yg menarik ! Tahniah Akak ! (:

ris ijad said...

sapa ada nak bg pinjam buku ni.. nak cari x dak.. huhu~~~ nak baca!! terbaik dari kak aizam. x sangka saya terpaut dgn siri novel My ni.. tetibe je baca dan ianya sngat seronok. nak buku ni~~huhuhu

fUzAhEeChUl~ said...

SUKA SANGAT BACA SERI MY!!!!!
huhu ingat lagi first time baca My Angel time F4 dalam dorm tunggu ayah nak balik rumah....kikikiki
sejak tu setiap kali ade siri MY, saya terus beli!!!!!
hehehe suka ending dia, cumasedih sbb Adilah tak dapat jugak ingat masa silam dia...sbb kenangan dia dgn kwn2 dia sangat berharga =( especially Hakim....

saje nak beritahu....
saya beli buku My Memory and Adilah Serba Tahu...tapi dua2 buku yang saya beli tu mesti ada error dalam buku tu...jadi ade banyak muka surat saya tertinggal...jadi x syok nak baca~~~

nurin said...

saya ade semua buku kak aizam!
really 3x like it!
i hope one day i will be a novelis like kak aizam! ;))