Saturday, May 10, 2008

tentang aizam-aiman.blogspot.com....

Suatu petang yang tidak berapa damai, saya berkata-kata kepada Natasha Effyzal, penulis Sekolah Kampung? dan Sekolah Menengah? dengan penuh bersemangat, "Saya rasa kita patut ada blog sebagai penulis." Masalahnya adakah orang nak baca blog saya? Hmm.... susah nak jawab soalan tu.... err....

Kemudian, pada hari yang lain yang kurang menarik pula, saya chat dengan Carriekirana (bukan sebab saya chat dengan Carrie hari saya jadi tak menarik. Saya chat dengan dia untuk menjadikan hari itu sedikit menarik :p). Saya cakap nanti apabila buku saya dah banyak, saya akan buat blog Aizam Aiman.


Dia jawab (lebih kurang begini sebab saya tak ingat ayat dia bulat-bulat), sekarang pun dah boleh buat. Tentu ada yang nak tahu kehidupan Aizam Aiman.


Saya tersengih sendiri. Oh, tidak. Kehidupan saya tidak menarik.


Dan kemudian, saya pun cakap pada Alif Firdaus Azis, “Nanti bacalah blog saya, menyamar jadi peminat (silap, pembaca sebenarnya) buku saya.”


Alif buat muka blur tetapi kemudian dia berkata, “Ada. Mesti ada peminat awak (Alif hanya nak jaga hati saya. Baik kan dia? :p)


Ini bukan blog pertama saya. Tetapi ini kali pertama saya rasa berdebar-debar. Walau apa pun, inilah blog saya. Aizam Aiman. Penulis buku remaja terbitan PTS One. Kalau ada yang sudi singgah, terima kasih daun keladi. Kalau tak sudi pun, sudi-sudikanlah. Hahaha. :p




15 comments:

alifstyle said...

Komentar pertama jatuh kepada Tan Sri Alif. :)

Aizam Aiman said...

terima kasih Tan Sri kerana menunaikan permintaan saya menjadi pengunjung blog ini. Terharu! :p

Farihah Iskandar said...

Cik Aizam, sama-samalah kita mem'blog'kan diri. Kak Yayah pun baru mula.

Jemputlah datang ke blog saya ya ;-)

cutegirl_balqis said...

Hai Kak Aizam Aiman.....Selamat datang ke dunia blog...semua buku akak best2...saya suka sngt...

owh terlupa plak...Salam Perkenalan...nama saya NURUL BALQIS....akak boleh panggil Balqis....

Nanti sila laa ke blog saya....
Kedatangan akak amat dialu-alukan...

najwaamira said...

Salam kak Aizam,

Dua hari yg lepas,saya dtg ke blog kak Aizam.Tapi x boleh komen.HArini baru boleh komen.Nanti kak Aizam letak CBOX kat blog kak Aizam ya?Saya meminati koleksi novel kak Aizam.Semuanya My.Buatlah sambungan My Secret pula.Contohnya My Inspiration ke.Haritu saya pergi Alamanda,tapi kak Aizam x ada.

Aizam Aiman said...

Hi Kak Yayah,
Terima kasih sudi datang. Saya dah pergi blog Kak Yayah, cuma tak tinggalkan jejak saja. :)


Hi Balqis,
Salam perkenalan. Terima kasih sudi baca buku Kak Aizam. Nanti Kak Aizam tinggalkan jejak di blog awak ye. :)

Hi Najwa,
Sorry Kak Aizam tak dapat datang. Ada urusan mengejut. Lain kali kita jumpa ya. Kak Aizam sedang berkira-kira hendak hendak buat sambungan apa.... tak decide lagi... tapi rasanya cuma akan ada satu ataupun dua lagi sambungan My.... :)

Sara Imanina said...
This comment has been removed by the author.
Aizam Aiman said...

Salam perkenalan juga untuk Sara Imanina,

Nanti Kak Aizam tinggalkan jejak di blog awak ye. :)

E-emel: aizamaiman@gmail.com

cicakgirls =) said...

Assalamu'alaykum w.b.t. Kak Aizam ^^

Salam Singgah ke blog akak ^^
akhirnya saya jumpa juga blog akak^^

semoga akak akan terus berkarya..

nanti My Angel,My Hero, My Secret pon jadi macam Dear Yayah..meletup!

Wassalam.

balqisnina said...

My Memory best!! x sabar nak tunggu sambungannya!!

zarifah balqis said...

mestilh ade...pra2 pmnt kak aizam mesti bce punye..sye slh satu pmnt kak aizam.

zarifah balqis said...
This comment has been removed by the author.
zarifah balqis said...

msti ade punye..setiap novelis tu mesti ade pmnt..sye slh satunye..n setiap blog mesti ade pmbacenye..cam novel lh...he3..sye ni cam prg dewase lak.padahal sye bru 10 thn..

nur dallyla said...

salam kak aizam, saya minat giler novel terbaru KAMILAH KEMBAR DIRAJA hasil air tangan kak aizam sendiri...(^^)sya juga minat beberapa novel lain yg ditulis kaka aizam...:) surflah facebook syer iaitu nur dalila zulkarnain ok!!!! insyaallah suatu hari nnti sya boleh chat dgn kak aizam....SEMOGA TERUS MAJU DLM BIDANG PENGHASILAN NOVEL :))

karliza_korea said...

askum..hehe..best lak baca blog akk ni..hehe..cm baca novel jew..hehe,.
apa2 pun salam pekenalan..
jemput la dtg k blog sye..hehe..
owh yew..akk cita la pasal diri akk..kt blog nii..sye sudi membacanya..>.<hehe..