“Betulkah
apa yang kamu katakan ini? Kamu yakin dengan keputusan yang dibuat?
Yakin tanpa sebarang keraguan? Beginilah, beta beri kamu masa untuk
fikirkan semula.” Kata-kata dan senyuman sinis Raja Zahariah
terpahat dalam ingatan.
“Tidak
perlu. Keputusan saya muktamad. Saya tidak akan tarik semula.”
Angkuh sungguh jawapan Zara. Memang tidak sesekali dia mahu kelihatan
lemah di hadapan nendanya. Malangnya kerana keangkuhan itu, kini dia
terperangkap. Kasihan Zara.
Hari yang tenang. Angin
bertiup sepoi-sepoi bahasa. Zara duduk sendirian di taman diraja.
Berusaha menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Sepatutnya memang
menenangkan berada dalam suasana begitu.
Sayang seribu kali
sayang, tidak terasa pula damai itu dalam hatinya. Mengapa sukar
untuk si puteri bertenang dan menikmati hidup?
Bagaimanalah hati si
puteri mahu tenang pada saat seluruh hidupnya akan berubah. Tiga hari
sudah berlalu sejak Zara dengan terburu-buru dan tanpa berfikir
panjang meluahkan kata-kata yang sangat dikesalinya. Aduhai! Sudah
beribu kali, mungkin juga beratus ribu kali Zara memarahi dirinya
sendiri.
Mengapa, mengapa, dan
mengapa sampai terlepas kata? Mengapa, Puteri Zara! Mengapa tidak
berhati-hati ketika berbicara? Mengapa tidak berfikir panjang sebelum
meluahkan bait butir yang akhirnya hanya menjerat diri sendiri?
Mengapa? Oh, dia rasa mahu hantuk kepala sendiri ke dinding.
Masalahnya, kalau Zara
hantuk kepala ke dinding, mungkin berdarah, ataupun bengkak, lebih
teruk, kalau hentakannya kuat sangat ada darah beku pula nanti.
Masalah lain pula akan muncul. Dia tidak tergamak pula memikirkan
bagaimana keadaan dirinya kalau cedera. Berdosakah dia kerana
mencederakan diri sendiri? Pasti gempar bukan setakat Istana Mawarni
tetapi kecoh seluruh Armani.
Maka akan bertebaranlah
gosip-gosip liar mengatakan emosi Zara tidak stabil lalu mengambil
tindakan yang sangat tidak bijak dan banyak spekulasi akan timbul.
Kisah Zara akan dianalisis dan dibuat kesimpulan oleh pelbagai pihak.
Keadaan akan jadi lebih rumit. Baiklah, kesimpulannya hantuk kepala
ke dinding tidak akan menyelesaikan masalah.
Paling penting,
menyalahkan diri berjuta kali pun, nasi sudah jadi bubur. Mahu tidak
mahu, Zara terpaksa terima hakikat yang terbentang luas. Disebabkan
mulutnya yang terlalu petah berkata-kata, maka akan berubahlah
seluruh hidupnya. Oh, Tuhan!
Itulah, cakap siang
pandang-pandang. Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata,
meranalah badan, meraunglah jiwa raga. Selamat tinggal kehidupan
senang-lenang di dalam istana. Selamat tinggal kehidupan penuh glamor
sebagai puteri raja! Selamat tinggal semuanya!
Degup
jantung melaju. Otot-otot Zara terasa menegang. Nafas Zara laju dan
peluh memercik di dahi dan mungkin juga... ketiak. Nampaknya signal
daripada otak sudah diberi dan hormon adrenalin sudah dihasilkan oleh
kelenjar adrenal. Stres, Zara binti Muhammad sedang dilanda stres
tahap maksimum!
Zara menekup mukanya,
menggeleng berkali-kali. Puting beliung sedang menyerang hatinya.
Juga fikirannya. Sakit kepala dibuat. Bawa bertenang, Zara. Nafas
ditarik dalam, dihembus perlahan. Diulang beberapa kali tindakan yang
sama. Tiada guna mempersoalkan lagi perkara yang sudah berlaku.
Gunakan sepuluh peratus masa bagi memikirkan masalah. Sembilan puluh
peratus lagi bagi menyelesaikannya. Baiklah, Zara akan fikirkan
penyelesaiannya. Masalahnya, apakah langkah yang perlu diambil
sebagai solusi yang paling tepat dan berkesan supaya hidup Zara
kembali kepada sedia kala?
Meraung, menangis
teresak-esak sampai bengkak mata, mungkin akan merubah semuanya.
Mungkin perubahan yang sepatutnya berlaku itu dapat ditahan. Ya,
mungkin. Si ibu pasti tidak sampai hati. Si ayah pasti simpati. Si
adik pasti susah hati. Lalu tiga talian hayat ini akan membantu Zara
untuk melepaskan diri daripada ikat kata yang dilafazkan. Ya,
tangisan Zara adalah langkah penyelesaiannya.
Masalahnya, jatuhlah
standard Zara nanti! Tercalar imej Zara yang konon-kononnya orang
yang berprinsip, berpegang pada janji. Orang yang punya maruah diri
yang tinggi. Orang yang cakap serupa bikin. Pasti dia jadi bahan
jenaka Raja Zahariah. Zara sudah dapat membayangkan sindiran demi
sindiran yang akan meniti dari bibir nendanya itu.
Sekiranya
tiada kata-kata, senyuman sinis Raja Zahariah pun sudah cukup
menyakitkan hati Zara. Sudah cukup sebagai isyarat betapa rendahnya
martabat Zara di mata nendanya itu. Senyum sinis yang membawa maksud,
‘Sudah
agak, kamu memang cakap sahaja macam bagus, padahal umpama tin
kosong.’
Ataupun
kadangkala begini maksudnya, ‘Oh
Tuhan, bagaimana saya boleh ada cucu begini? Buat malu keluarga
diraja sahaja.’
Ataupun mungkin boleh ditafsirkan juga begini, ‘Lain
kali jangan angkuh sangat, sekarang tidak fasal-fasal menagih
simpati. Hmm... apalah hendak jadi dengan cucu yang satu ini.
Betulkah dia cucu saya? Entah-entah...’
Zara tidak rela
dipandang rendah, apatah lagi oleh nendanya. Tidak sama sekali!
Biarpun dua tahun sudah berlalu, entah mengapa Zara tetap
berprasangka. Mungkin kedinginan Raja Zahariah membuatkan Zara
merasakan nendanya itu masih belum dapat menerima hakikat Zara adalah
cucunya. Zara yang di matanya tidak memiliki aura sebagai puteri
raja. Kasihan sungguh Puteri Zara, bukan puteri terpilih. Hmm....
Jadi,
bagaimana mahu mengubah keadaan tanpa buat dia malu sendiri? Zara
hilang punca. Ada sesiapa yang dapat bantu? Tolonglah muncul dan jadi
penyelamat Zara. Si puteri raja ini sedang terdesak tahan maksimum!
Pada saat begini, Zara berharap ‘putera
impian’
muncul bawa pedang. Okey, pedang tidak sesuai, bukannya nyawa Zara
terancam. Mungkin patut bawa duit. Ya, duit ataupun jongkong emas
berpeti-peti. Wah!
“Puteri Zara, fokus.
Sila jangan berangan dan berharap yang bukan-bukan. Masalah tidak
dapat diselesaikan dengan angan-angan,” Zara memarahi dirinya
sendiri.
Masa terus berlalu.
Sedetik demi sedetik.
Tidak! Dia berharap
masa berhenti. Biar semuanya membeku. Dia mahu keadaan kekal begini
sahaja. Sesungguhnya Puteri Zara binti Raja Muhammad tidak bersedia
kehilangan segala-galanya! Dia tidak rela sama sekali! Titik!
Tetapi, bagaimana mahu
memastikan Zara tidak kehilangan segala-galanya?
1 comment:
My Name is Helen Morgan, Daripada United Kingdom. Saya ingin berkongsi testimoni saya dengan orang ramai tentang apa yang doktor ini dipanggil Dr okojie rohani baru sahaja lakukan untuk saya, orang ini baru sahaja dikembalikan suami Ex saya kalah kepada saya dengan ejaan yang besar, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dipanggil Morgan kami telah bersama-sama untuk masa yang panjang dan kita sayangi diri kita sendiri tetapi apabila saya tidak dapat memberi kanak-kanak selama 2 tahun dia meninggalkan saya dan memberitahu saya bahawa dia tidak boleh terus lagi maka saya kini mencari cara untuk mendapatkan kembali sehingga saya melihat seorang testimoni tentang perkara ini doktor yang sama di internet mengenai bagaimana dia telah sembuh penyakit begitu banyak dan membantu orang lain dengan masalah yang sama, maka anda tidak akan percaya ini apabila saya dihubungi lelaki ini ke atas masalah saya dia bersedia musim ini dan dua hari selepas dia diberitahu saya bahawa beliau melalui dengan ejaan yang bekerja suami saya hilang kembali dengan lebih cinta di matanya, dan selepas sebulan saya terlepas bulan saya dan pergi untuk ujian dan keputusan yang dinyatakan sedang hamil am gembira hari ini adalah seorang ibu kepada seorang bayi Boy , dia berkata, saya juga akan hamil lagi jika saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi doktor yang hebat untuk apa yang anda telah lakukan untuk saya, jika anda berada di luar sana mencari mana-mana jampi atau penyembuhan:
(1) Eja untuk perlindungan dari bahaya
(2) untuk Eja sihir
(3) Eja cinta seks yang sama
(4) Eja untuk penyembuhan penyakit
(5) Eja untuk halimunan
(6) Eja untuk kekayaan dan kemasyhuran
(7) Spell untuk mendapatkan pekerjaan yang baik
(8) Eja cinta yang kuat dan hubungan
(9) Eja untuk membawa kembali bekas anda
(10) Eja untuk hamil
Anda boleh menghubungi doktor yang hebat ini pada drokojiehealinghome@gmail.com e-mel dan mendapatkan semua masalah anda diselesaikan .....
Post a Comment