Monday, February 23, 2009

Tentang... beli dan dapat hadiah!

Saya mulakan entri ini dengan berkongsi kegembiraan saya. Ya, kawan-kawan, Aizam Aiman sangat gembira hari ini. Kenapa? Kena loteri? Err... tak... berjudi kan haram. :P
Menjawab soalan kawan-kawan di chatbox, dengan riang rianya diumumkan Sayalah Puteri Raja! sudah berada di stor PTS!

Dan ya... di atas meja saya ada sample copies! Hehehe! Menggigil tangan saya tadi. Aduhai, akhirnya selepas melalui 'jalan' yang panjang, keluar juga buku ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan.

Buku ini dijangka akan berada di kedai-kedai buku dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Tetapi... jeng...jeng...jeng...

Ingat tak saya kata nak buat kejutan?

Ya, kejutan yang saya katakan itu ada dua sebenarnya.

Yang pertama, ada sesuatu di dalam buku ini. Sesuatu yang wangi dan dalam bentuk pop-up. Heh? Alah... macam pop-up card. Tahu tak? Hehe... kalau nak tahu, terpaksalah beli dan pegang dan buku sendiri buku ini! :)

Kejutan kedua pula... Hmm... saya tahu ada yang rasa tak best sebab saya beri hadiah buku kepada dua orang sahaja. Saya minta maaf banyak-banyak sebab saya tak mampu nak beri pada semua kawan. Tapi... sekiranya kawan-kawan beli daripada saya (beli terus melalui tempahan di blog ataupun e-mel), maka kawan-kawan akan terima sesuatu bersama buku itu. Harganya sama seperti di kedai buku - RM18, tetapi ada hadiah yang saya akan berikan (err... sudah tentu selain daripada tandatangan Aizam Aiman yang julung-julung kali diperolehi. :P hehe...)

Hadiah apa? Yang itu... err... terpaksalah tunggu entri selanjutnya.

Dalam entri selanjutnya, saya akan terangkan kaedah membeli dan apakah hadiah menanti kawan-kawan. :)

Tunggu ye.....

9 comments:

moslem gurl said...

salam!
tahniah ya kak aizam!
sy tumpg gembira!
semoga buku kak aizam meletup dn dpt smbutan hangat!~
sy doakan kak aizam selalu!~~

tak sabar rasanya nk tunggu buku kak aizam kluar!!~~
chaiyok!
aja2 fighting kak aizam!

sy aka kumpul koleksi buku aizam aiman..
dan... sy akan tunggu kejutan seterusnya dr kak aizam!

Hani said...

Salam,

Wah! Tahniah, Kak Aizam! =D
Tak sabar saya nak baca buku kak Aizam.

Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan kak Aizam. :)

aLyaLya =] said...

Kak Aizam !
Ya , saya akan terus tunggu dan tunggu kemunculan buku tersebut =pp

Anonymous said...

cpt kak terang kan kaedah membeli.
nk beli dri akak.

chapter 14 said...

tahniah kak. sy x sbr nk bca bku bru kak aizam. trima kasih kerana terpilih.

Anonymous said...

Tak sabar nak bel1 online!!
Go!Go! Kak Aizam..

munirah said...

wah! rm18 je buku tu? murahnya!!! slalu sye beli buku rm20 lebih... kenapa x sertakan tandatangan akak kat setiap buku? hehe... lebih2 lak sye nih!

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Inah, Hani, Alya, Syifa dan pemberi komen yang tidak dikenali (hehehe),

Terima kasih. Cara membeli akan diumumkan; Kak Aizam masih menunggu hadiah siap - Kak Aizam tak nak ada orang dah order sebelum siap - nanti leceh. :)

Munirah... err... RM18 itu harga buku seperti di kulit buku. Itu tidak termasuk kos untuk pos laju. Err... nanti Kak Aizam umumkan kos dalam entri seterusnya. (^_^)

alyiafarzana said...

hai kak Aizam.....ini saya Alyia yang pergi PWTC pada hari ini iaitu pada 18.04.2009....yang borak denagan kak husna tuh....harapnya kak Aizam ingat nama saya....hihihi...ermm kak Aizam....bila kak Aizam pergi lagi PWTC lagi....masa hari ahad minggu depan kak Aizam ada tak??saya nak email kak Aizam.....nie email yahoo saya....
alyiafarzana186@yahoo.com...kak Aizam tolong add taw....k tq...oopss lagi satu ermm kak husna(editor PTS) ada email x?nak email dier bole????harapnya bole....k bye....

salam sayang,
-Alyia Farzana-