Thursday, February 5, 2009

tentang... si dia yang buat saya tersenyum...

Saya mulakan entri ini dengan pengumuman yang ada orang akan dapat novel percuma. :) Siapakah orang itu? Jeng... jeng... jeng...

Ada dua orang sebenarnya...
Yang pertama adalah kawan yang sangat baik, saya terharu dengan kata-kata ini : siri my adalah novel pertama sy yg pernah saya beli!!!

Yang kedua, dia adalah orang yang buat saya tersenyum hari ini kerana membaca catatannya di blog berkenaan siri my. Saya sangat terharu kerana siri my memberi makna tersendiri dalam hidupnya. :)

Jadi dengan bangganya diumumkan.... perhatian kepada:

Inah pemilik blog http://munawwarahhusna.blogspot.com/
dan Syifa pemilik blog ini http://t-shirtbiru.blogspot.com/2009/01/books-oh-aizam-aiman.html

Jadi, kepada dua orang kawan ini, nanti apabila novel Sayalah Puteri Raja! sudah siap dicetak, Aizam Aiman akan pos kepada awak berdua. :)

Kepada yang lain, jangan jeles okey. Semua pun kawan saya. :)

pssst.... setiap kali ada novel baru, saya akan buat kejutan begini. Ada orang akan tiba-tiba dapat buku percuma. Jadi, dari masa ke semasa, nantikan kejutan ini. :P

6 comments:

munirah aka bulan said...

sye tak jeles... sebenarnya buku siri my pon buku pertama sye baca. tp sye tak nak ckp la... apa2 pon, congratz kepada org yg dapat buku ttu. BERTUAH nya!

moslem gurl said...

salam..,,
betulker kak aizam nk kasi??

oh...

thank you yer~
terharunyer~
kali pertma dlm hidup sy sy dpt buku free dr penulis tu sendiri~

S Imanina :P said...
This comment has been removed by the author.
Sara Imanina said...

terus teranglah saya katakan, saya jaelouslah Kak Aizam. hehehe..

takpe, saya akan terus berdoa supaya akak dapat petunjuk daripada langit nak kasi buku dekat Sara.. :PPPP

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Munirah dan Imanina,

Untuk berlaku adil, nanti Kak Aizam fikirkan kejutan lain okey? :)

Daisy said...

saya nak jugakkkkkkkkkkkk!!! x adil penat jew saya beli semua siri my... xpew lah kalau xnak kasi sya tahu sya siapa!